Populer Post

Monday, January 30, 2012

sumpahan kum kum

ok, kali ni meh story pasal cite antu plak.. da agak lama la juga xtengok cerita hantu.. as stich request, jom p The Summit USJ.. cam tah ape2 p tengok kat situ.. nak ubah angin katanya.. layan sudah.. 

SINOPSIS credit to BUZZERA tetiba pemalas lipas nak karang cerita kang korang xpaham.. hehehe

Sumpahan Kum Kum mengisahkan Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.

Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.

Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.

Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.
aku rasa cerita ni biasa je, sebab jalan cerita nya sangat common.. lau part terperanjat memang la aku pon melenting sama sampai termenjerit dalam panggung.. huhuhuhu.. selamat menonton semua.. =)

- Posted using BlogPress from my iPad

Anugerah Juara Lagu Ke-26

Keputusan penuh AJL 26:
Juara Lagu : Awan Nano (Hafiz)
Tempat ke 2 : Beribu Sesalan (3Suara)
Tempat ke 3 : Karma (Faizal Tahir)


Persembahan terbaik : Kisah Hati (Alyah)
Vokal terbaik : Awan Nano (Hafiz)

tahniah untuk hafiz diatas kemenangan itu.. memang sempoi la nyanyi dengan baju PJ hehehe.. whatever it is aku menjeles ngn gambar kat bawah ni.. adehhhh.. terus feeling nak bf cam remy.. kui3.. =p



- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, January 29, 2012

Quote of the day

sumber: fb-himpunan cerita cinta


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, January 26, 2012

Underworld : Awakening

hi.. aduh.. kebusyan melanda 2 3 hari ni.. after that 'majlis' settle, baru la dapat bloging.. huhuhu.. now nk update movie for this week.. last wed aku tonton ini wayang.. ekceli bulan januari ni macam xbanyak sangat cerita kat wayang kan?? so layan je la ape yang ada.. underworld kali ni mengisahkan tentang seorang vampire worrioress iaitu Salene yang melarikan diri daripada satu tempat kurungan - Atigen.. Salene ni first Vampire-Corvinus Strain Hybrid.. so salene ni ada kelebihan lain berbanding vampire lain iaitu berjalan di bawah cahaya matahari dan kuasa telepati dengan anak nya, Eve.. Selene ni couple dia seorang Lycan bernama Michael Corvin.. Eve yang keluarkan Selene dari cryogenic chamber tu.. tp selene xtau yang eve anak dia.. bila dia jumpa eve *dengan mgunakan kuasa telepati* suma Lycan lain cuba nak tangkap Eve sebab Eve ni hybrid juga sebab dia kombinasi hybrid vampire ngan Lycan.. Lycan ni perlukan DNA eve ngan ayah dia coz DNA dorang ni membolehkan Lycan imune dengan silver and dorang nak ability macam vampire iaitu boleh heal dengan cepat..

so dengan bantuan Detektif Sebastian, Selene nak p selamat kan anak dia.. Dr Jacob tu sebenarnya Lycan yang hybrid.. semua ingat dia human.. thats why la dia nak juga si eve tu coz dia nak Lycan jadi lebih strong so that dia boleh hapuskan semua vampire.. finally dengan kegigihan Selene menentang Dr Jacob so selamat la anak dia Eve..

*sorry all kalau review ni macam pening lalat sikit.. sebab aku xtau nak ceritakan macam mana.. maybe ape yang aku tulis ni macam lari2 sikit.. lau nak perfect pemahaman sila tengok sendiri ya kawan2* =)

Friday, January 20, 2012

Happy Chinese New Year

kepada semua yang menyambut CNY aku ucap kan Gong Xi Fa Cai.. eh betul ke ape aku type ni?? tahun ni tahun naga kan.. ikot kelendar cina mak aku la yg tahun naga.. aku tahun harimau.. tahun lepas.. bila nak CNY ni aku ada nmpak bnyk restaurant yg menyediakan hidangan Yee Sang.. menda tu halal x? apa eh bende tu?? ada x tempat yang halal jual bende ni.. macam teringin nak rasa.. aduh..si kema ni dia buat dah.. adehhh.. =)