Wednesday, September 15, 2010

update kes pembunuhan datuk sosilawati lawiya

hmmm.. ape lg nk cite ye.. pd pndapat ak.. mmg keempat2 mangsa itu mmg datuk dan kawan2 nya.. mmg susah utk percaya news ni but kebanyakkan bukti2 menunjukkan kejadian itu adalah benar.. cuma keputusan DNA y rasmi blom di keluarkan..

sumber : harian metro

Sementara itu, semua mangsa dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki lain dikatakan pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai.

Difahamkan semua mangsa yang dalam keadaan lemah itu dikatakan dibunuh seorang demi seorang dan tugas kejam terbabit diserahkan kepada seorang daripada lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kehilangan empat mangsa itu.

Difahamkan, tahi lembu digunakan untuk mempercepatkan proses pembakaran semua mangsa terbabit dengan tujuan menghilangkan bukti bagi mengelak perbuatan mereka dihidu.

Harian Metro semalam melaporkan polis menemui pisau dipercayai digunakan kumpulan pembunuh itu yang dibuang dalam sungai selepas seorang daripada suspek memberikan maklumat kepada polis.

Turut dibuang bersama pisau itu adalah abu mayat semua mangsa yang dihanyutkan dalam Sungai Panchau, serta beberapa parit kecil berhampiran di mana arusnya mengalir ke laut.

Harian Metro turut difahamkan semua pekerja di ladang terbabit warga tempatan dan mereka dikatakan menerima ‘habuan’ berbentuk wang ringgit daripada peguam bergelar Datuk itu.

Malah, perbuatan kejam ini bukanlah kali pertama dilakukan kumpulan pembunuh berkenaan dan mereka juga sebenarnya disifatkan sebagai tidak profesional namun faktor bernasib baik, lebih memihak kepada mereka.

Menurut sumber, kehilangan beberapa lagi individu yang pernah dilaporkan sebelum ini selepas berurusan dengan peguam terbabit dipercayai turut menjadi mangsa pembunuhan kumpulan berkenaan.

“Mungkin selama ini mereka terlepas dari sebarang tindakan kerana kerja yang dilakukan mereka itu agak teliti dan menghapuskan bukti dengan cara membakar mangsa.

“Namun, dalam kes terbaru ini, polis menemui beberapa petunjuk yang boleh dijadikan sebagai ‘kunci’ bagi mengesan perbuatan kejam dilakukan kumpulan pembunuh itu,” katanya.

afta ak baca news ni, rase nk meleleh air mata mengenangkan macam mana seksa nya sume mangsa sblm meninggal dunia.. xdpt ak bayang kan mcm mane dorg di pukul, dikerat2 pas tu di bakar smpai jd abu.. mmg kejam btol pembunuh tu.. langsung xde hati perut.. smpai ati dorg buat mcm tu.. lau dorg xkene gantung xtau la ak nk ckp ape.. bnyk da kes sblm ni dikaitkan dgn dorg n ak percaya mmg dorg la pembunuh kesemua org2 y hilang dlm masa setahun ni... kebanyakkan nya melibatkan ahli perniagaan.. sedey btol.. xpasal2 driver juga menjadi mangsa.. apa la nasib anak2 isteri mereka suma ni.. keluarga mereka.. ishhh.. ak xtau la nk ckp mcm mane lg.. harap bnyk2 bersabarla kesemua keluarga mangsa especially keluarga AHMAD KAMIL ABD KARIM.. ak mendoakan agar pesalah itu dihukum gantung dan semoga roh kesemua mangsa ditempatkan dikalangan org2 y beriman... al-fatihah.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...