Tuesday, January 4, 2011

Lembu Lompat Atas Kereta??

PUTRAJAYA: “Saya hanya nampak seekor lembu melompat atas cermin kereta menyebabkan rakan terpaksa mengelak, tetapi pada masa sama kereta kami melanggar seekor lagi yang sedang melintas,” kata Mohd Najib Seth, 27.

Menceritakan detik cemas itu, kakitangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kuala Lumpur terbabit berkata ketika kejadian dia dan rakannya, Mohd Khairul Nizam Zakaria, 25, yang dalam perjalanan ke Jabatan Imigresen, di sini langsung tidak menyedari kehadiran lembu terbabit.

“Ketika itu, kami berada di lorong paling kanan sebelum kedua-dua lembu itu tiba-tiba muncul di depan kereta dan seekor daripadanya melompat di atas cermin depan.

“Akibat lompatan itu, Mohd Khairul gagal mengawal kereta lalu melanggar seekor lagi yang turut melintas. Nasib baik kami tidak laju kerana kawasan itu agak berbukit... kalau tidak tak tahulah apa nasib kami,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku jam 12.30 tengah hari di Persiaran Utara dari arah Hospital Serdang ke Putrajaya itu, kedua-dua mangsa cedera ringan di tangan dan kaki.

Sementara, dua lembu betina terbabit termasuk seekor yang sedang bunting mati di tempat kejadian.

Difahamkan, lembu terbabit sedang melintas bersama sekumpulan lembu lain, namun kedua-dua lembu itu dipercayai terperanjat apabila terdapat kenderaan yang membunyikan hon sebelum terus melompat ke jalan raya bersebelahan dan melanggar kereta dinaiki mangsa.


Akibat kejadian itu, kereta Proton Waja yang dipandu Mohd Khairul rosak teruk di bahagian but dan bonet, manakala cermin turut pecah.

Kejadian itu juga menyebabkan kesesakan kira-kira 50 meter kerana lembu terbabit bergelimpangan di atas jalan raya dan menghalang lorong kedua dan ketiga.

Bagaimanapun, kesesakan itu tidak lama selepas bangkai kedua-dua lembu terbabit ditarik menggunakan lori dan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi mengelakkan kesesakan berlanjutan.

Mohd Najib berkata, sebelum ini dia selalu nampak sekumpulan lembu yang berkeliaran di kawasan berkenaan, tetapi tidak menyangka dia akan terbabit dengan kemalangan dengan lembu.

Katanya, tindakan pemilik lembu yang membiarkan ternakan mereka berkeliaran sesuka hati boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya kerana kawasan berkenaan sentiasa sibuk dan banyak kenderaan.

“Kami berharap tindakan diambil terhadap pemilik ternakan itu supaya kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi kepada pengguna jalan raya lain, hari ini Alhamdulillah nasib kami baik.

“Tetapi kalau terus dibiarkan tidak mustahil ada nyawa melayang akibat tindakan tidak bertanggungjawab pemilik ternakan ini,” katanya.

Sementara itu Mohd Khairul yang kelihatan trauma dengan kejadian itu berkata, dia langsung tidak menyedari kehadiran lembu terbabit, dan hanya tahu mengenainya apabila rakannya menjerit ada lembu.

“Saya langsung tidak sempat mengelak dan melanggar seekor lembu yang sedang melintas, manakala seekor lagi melekat di atas cermin depan kereta,” katanya.

*oiiii.. last year pon ak kene bende y sama.. cume xlanggar lembu tu je.. mmg gile tkejut punya la.. ttbe je ak tgh lelaju nk smpai opis ade lembu melintas.. gile ko xmeroyan mcm nk melompat.. bengong btol ane tu p bawak lembu die melintas pepagi.. nsb baik xape2.. xdpt ku bayangkan lau ak telanggar lembu tu.. mau hancur kete ak n aku2 skali.. nauzubillah.. kpd ane y berkenaan sila bw lembu anda melintas ikot jejantas ye.. harap maklum..*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...