Friday, June 3, 2011

Hebahan : Kajian Needs Analysis di Portal KPM

time aku dok tgh menaip utk preparation meeting next week, tetibe tenggggg... kua email baru kat inbox.. huhu.. dorang soh buat hebahan utk budak2 stpm stam n matrix.. dan2 tgn aku ni p paste kat blog.. dah kata nak soh hebah kan.. aku hebah la ni.. undian tu kat portal kpm.. ko bukak je website tu pastu tgk kat belah kanan bawah2 sikit.. box undian tu macam gamba diatas.. ko klik satu je k.. hebahan nye adalah macam ni......

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Y.Bhg. Dato' / Datin/ Tuan/ Puan,

Hebahan Kajian Needs Analysis Minat dan Kecenderungan Pelajar Lepasan STPM, STAM dan Kolej Matrikulasi Mengisi Masa Senggang Akibat Perubahan Kalendar Akademik IPTA Bagi Pengajian Peringkat Ijazah Pertama dari Bulan Jun ke Bulan September.

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) sedang melaksanakan kajian tersebut di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my mulai 1-15 Jun 2011.

Jasa baik Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah dipohon untuk mewar-warkan kajian ini kepada ahli keluarga dan masyarakat . Kerjasama dan perhatian yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...