Thursday, August 11, 2011

Hati Seorang Wanita Part III

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
~i guess so.. tp sometimes je la.. cthnya: bila ttba teringat kenangan bersamanya..~

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
~opkos!! senyum je pon bole buat meroyan sampai mlm.. agagaga~

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
~agree.. thanks ROHANI MASROM~

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
~sangat setuju.. penah ada pengalaman macam tu.. mcm &*^$%&*~

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
~betul tu.. bukannya harta, paras rupa mahupun pangkat dan kebesaran~

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
~memang la.. sapa la yang xsuka disayangi.. kan kawan2~

27. Senjata wanita adalah airmata!!
~bagi ak sometimes~

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
~ya betul.. rasa dihargai.. bukan hadiah tu yg buat ak rasa dihargai.. tp tanda ingatan dia pada ak tu yg ak hargai sgt sgt sgt n make me feel terharu~

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
~betul betul.. suka guy caring macam brad pitt.. eh, mcm ko penah cintan cintun sama dia ngeh3~

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
~SANGAT SETUJU!! if u love me i will love u more than that.. =) ~

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...