Saturday, February 4, 2012

diam tak bererti kita kalah dan salah

jika kita diam, dikata nya kita salah.. jika kita bercakap benar, dikatanya kita berbohong.. jika kita ada ilmu untuk dikongsikan, dikata nya kita menunjuk nunjuk.. jika kita tidak berkongsi pengetahuan yang kita ada, dikatanya kita kedekut ilmu.. jika kita ada apa yang orang lain tiada, dikatanya kita berlagak.. jika kita mempunyai pengalaman dan dikongsi untuk kebaikkan dikatanya kita dengki.. jika kita memberi peringatan supaya tidak mengulangi kesilapan yang kita lakukan, dikata nya kita mengugut.. jika kita memberi nasihat, dikatanya kita merendah2kan pengetahuannya.. jika kita tidak mahu memanjangkan cerita, dijaja nya cerita kepada semua orang supaya kita nampak bersalah..

setelah puas bercerita kesana kemari tanpa kita mengetahui apa yang diceritakan, tanpa bertemu kita untuk menyelesaikan masalah, baru berkata tujuan nya bukan untuk mengaibkan orang.. TAHNIAH WAHAI SAHABAT.. tahniah kerana berjaya menjatuhkan maruah ku di depan orang lain.. tahniah kerana berjaya mengangkat cerita ini sebagai bahan umpatan orang ramai.. tahniah kerana berjaya membuat orang lain percaya aku adalah seorang yang tidak baik.. sesungguhnya aku amat berbangga mempunyai sahabat seperti mu..

oleh kerana umur ku semakin meningkat dan ingin menjalani kehidupan sebagai seorang dewasa yang matang, aku biarkan kamu memilih cara bagaimana kamu nak menyelesaikan sesuatu perkara.. jika kamu masih memilih apa yang kamu lakukan sekarang, terserah.. tidak akan sekali kali aku mempertikaikan nya.. aku juga tidak akan ambil kisah apa feedback orang lain bila mendengar cerita mu.. aku anggap saja kamu tidak sengaja wahai SAHABAT...

- Posted using BlogPress from my iPad

5 comments:

JieJ said...

Pengajaran buat kita ini yang selalu memberi teguran...NO MORE NEXT TIME!!!

Bak kata pepatah "telajak perahu boleh undur, telajak kata..sendiri mau ingatlah". melatah meroyon bagai nak rak disebabkan perkara yang kita boleh settle kan sesama sendiri..fikirkan lah sendiri.

Dunia ini kecik, ke mana kita pergi, kita akan sama2 saling memerlukan dan bekerjasama tapi kalau beginilah sifatnya(pertolongan, teguran kita dianggap hasad dengki)..minta maaf sahabat..aku serik!!!

Aku akan buat biasa mulai saat ini..tapi jangan diharapkan suasana macam dulu lagi. Aku akan lebih berhati2 bila berbicara. aku tak mau sampai orang gelarkan diriku lebih sudu dari kuah. Aku sedar aku tak mampu!!!

akmadablueberry said...

kepada semua pembaca..komen2 disini tidak akan direply demi untuk tidak mengeruhkan keadaan..harap maklum..

Sekian, terima kasih..

ddlea said...

tu lah... aku pun setuju... (padahal tak taw apa2....)

-__-

Sabar la dik non... do always remember, what comes around, comes around... you get what u give...

cik tasukeecOklat said...

aku pon nak copy paste kata kata kak lea la...

tu lah... aku pun setuju... (padahal tak taw apa2....)

hehehe.....

kak lea!!!rinde ler kat ko!!! bila maO up gmbr anak buah aku tuh??heheh

tulipdancing said...

Hahahahaha..inilah kawan-kawan ku..ape pun aku promot bacalah buku motivasi..(cewah..hehe.. peace!!)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...