Thursday, December 6, 2012

Kikkoman Soy Sauce dan Sushi Sashimi halal kah?

Terlanjur bersembang tentang sushi ni, sekali la kita sembang pasal kicap sushi atau sushi soy sauce. Pada penggemar sushi comfirm la suka berkunjung ke Sushi King atau Sakae Sushi atau yang sewaktu dengan nya. Betul tak? Tapi bagi aku sob sob sebab stich tidak lagi berkunjung atau membawa aku berkunjung ke sana sebab status halal diragui. Hurmm, menurut stich kedai tu mungkin menghidangkan kicap sushi/soy sauce yang mengandungi arak/alkohol seperti sake dan mirin. Ada juga yang di brew untuk menjadikannya lebih sedap. Bagi aku soy sauce yang paling popular adalah jenama Kikkoman. Tapi tak tau la kalau ada yang lebih popular. Kalau kita beli di Jusco/Carrefour atau mana-mana Hypermarket mesti jual jenama Kikkoman termasuk lah yang paket-paket kecil tu. Waktu bercerita tentang sushi di office, ada seorang kakak tu tanya aku. Kicap Kikkoman tu halal ke? Start daripada tu aku pun macam tersedar sebab selalu aku makan je soy sauce Kikkoman ni.
 Ok, kalau All-Purpose Kikkoman Soy Sauce ni bagi aku tak halal la sebab dia state kat label tu NATURALLY BREW. Brew ni kan proses penapaian. So tak boleh makan la kan.

Yang ni pula Kikkoman Sushi & Sashimi Soy Sauce. Aku tak pernah jumpa pula yang macam ni. Tapi since  label dia pon tulis NATURALLY BREW so sama la macam kicap yang atas tu. Tak boleh makan.
 Ha, yang ni la kicap yang aku selalu makan. Adakah ia halal atau pon tak? Aku pun confius. Masa aku pergi Jusco IOI Mall, aku terkejut sebab Sushi & Sashimi Soy Sauce ni diletakkan di section Non-Halal Food sebelah luar. Lepas tu aku tak puas hati aku pergi la tanya kat juruwang kaunter bayaran Non-Halal Food tu. Aku tanya "Dik, barang kat luar ni pun Non-Halal ke?" then dia jawap "Ya". OMG!! stich pun terkejut sebab selama ni kami makan kicap ni. 

Siapa boleh tolong jawab apakah status sebenar Kikkoman Sushi & Sashimi Soy Sauce ni. Halal atau pun tidak? Aku pun pelik dengan semua kedai yang menjual barang-barang sushi ni. Kenapa barang-barang yang tidak halal pun campur dengan rak-rak makanan halal? Aku ni pulak jenis yang percaya je makanan tu halal sebab dia diletakkan di rak  biasa. Bila terjadi macam ni baru terfikir status. Lagi pula aku ni tiba-tiba jadi suka sangat makan makanan Jepun/Korea. Sentap tau kalau macam ni. Nak makan pun berdebar.

So, sesiapa ada feedback pasal ni inform la ok. Perkongsian maklumat kata nya. Hehehe. Kalau ada maklumat di atas yang salah, feel free to comment yaNow, aku just guna soy sauce yang jual kat Jusco kat section jual sushi tu. Ade jual kicap sushi/Soy Sauce dan Sushi Seasoning yang ada tanda halal kat situ. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...