Sunday, December 2, 2012

Linguine Aglio Olio

Semenjak menonton korean drama series PASTA tu, semangat membuak-buak nak masak pasta. series tu memang mempengaruhi aku la. then aku pun selalu la google resepi olio ni. kalau cerita kat orang pandai masak comfirm kena gelak sebab setakat nak masak olio sampai nak menggoogle bagai. nak buat macam mana, saya budak baru belajar. Aglio Olio ni  adalah basic pasta. so aku sangat teringin nak cuba. selalu nya aku hanya berminat makan bolognese or carbonara. pasta yang lain tak pernah nak cuba. so here the resepi. aku ada follow satu resepi ni tapi tak ingat pulak kat blog mana. =(

Bahan-bahan :

Linguine/Spaghetti (setengah genggam untuk makan seorang) *rebus dengan air + garam sikit*
4 ulas bawang putih (hiris nipis/tumbuk)
5 ekor udang (saiz sederhana)
Sedikit karot (potong dadu/ikut suka)
Sedikit capsicum (tak letak pun)
Minyak zaitun a.k.a olive oil (agak-agak sendiri)
Garam (secukup rasa)
Oregano
Basil
Parsley
Lada Hitam
Chili Flake *optional*

Cara-cara :

Panaskan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, karot dan capsicum. Agak-agak dah masak sikit, masukkan linguine/spaghetti yang sudah direbus tadi. Gaul sampai rata. Then masukkan sikit oregano, basil, parsley dan lada hitam. Tabur sedikit garam secukup rasa. Jika nak lebih pedas masuk kan chili flake tadi. SIAP!! =)

Actually olio ni boleh letak apa-apa je. Apa yang aku buat ni adalah yang paling sempoi mengikut bahan yang ada kat rumah. hehehe. Kata chef amatur. Selamat mencuba kawan-kawan. =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...