Monday, December 17, 2012

Resepi Baked Macaroni

Jom kita main masak-masak. Kali aku nak kongsi cerita aku buat Baked Macaroni version senang sap sap soi. Janji semua bahan ada kompem jadi.
 Bahan-Bahan:
1 paket Macaroni *saya suka jenama AGNESI* direbus bersama olive oil + garam
1 tin sos spaghetti flavor Tradisional
2 cawan fresh milk
sekeping daging cincang *goreng dengan olive oil + garam + lada hitam*
5 biji tomato *buang kulit & di dadu*
 1/2 labu bawang putih *di hiris*
1 biji bawag besar *di dadu*
Cheddar Cheese parut *saya guna cheesdale hahaha*
Carrot *di dadu*
Celery
Olive oil
2 sudu tepung gandum
2 sudu butter/marjerin
 (actually sukatan lebih kepada agak2 sendiri..hahaha)
  
Cara-cara Pembuatan:
Tumis bawang putih & bawang merah dengan olive oil.
 Bila naik bau, masukkan tomato yang dah didadu & sos spaghetti. Kacau sehingga tomato cair.
Bila da blup blup *ehh* masukkan carrot & celery. Kacau.
Masukkan garam, lada hitam, gula dan basil. Rasa la. Mana yang kurang sila tambah sendiri sampai sedap.
Masukkan daging yang dah digireng tadi.

Cara-cara Pembuatan Sos Putih:
Cairkan butter. Bila da cair semua masukkan tepung gandum. Gaul sampai sebati.
Masukkan fresh milk. Kacau.
Tambah kan lada hitam & garam.
Kacau sampai pekat. *pekat dia sila agak-agak sendiri*

Then, masukkan macaroni dalam sos merah yang dah siap masak tadi. Gaul kan sampai rata. Guna bekas pembakar *ikut suka saiz apa* Masukkan macaroni dalam bekas. Ratakan. Then, letak sos putih tadi kat atas. Last sekali tepek kan cheese atas sos putih atau parutan cheddar tadi.
Bakar dalam oven. 
Siap!! (macam gamba di bawah)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...