Monday, December 3, 2012

Review: BBQLand Shah Alam Branch

Ada satu episod JJCM tu tayang pasal satu kedai steamboat. Tapi aku sangat lupa nama kedai tu. Banyak kali google still tak dapat. sob sob. Google punya google aku jumpa satu blog ni. BBQLand. BBQLand ni pun dapat plak JJCM. Dalam hati fikir-fikir mungkin ni la kedai nya. Tapi macam tak pasti sebab environment nya lain sangat. Tapi tetap kan hati aku buat booking. Sejam sebelum bertolak stich cakap maybe kedai yang aku cakap tu bukan BBQLand. Stich dah google dan jumpa Island BBQ Steamboat. Tapi apa nak buat, pergi je la since aku dah buat booking. Mari la kita mencuba.
punya la susah nak cari BBQLand ni. Letih okay. Dekat 2jam baru jumpa. Kalau orang yang tak biasa memang sesat la nak cari BBQLand ni. Sampai aku kena call tuan kedai untuk dapatkan direction. Fuhh. Masuk-masuk je, macam ehhh??apakah?? kedai steamboat kah ni? Stich punya gelak sebab aku cakap kedai tu macam 'Kedai Kene Bom'. Eh cam jahat pulak cakap macam tu. Kalau uols ada gi kedai ni sila inform adakah betul atau tak apa yang aku cakap ni. Sangat berbeza dengan Flaming Steamboat yang vavavoom tu. Ok malas dah nak cerita pasal environment. Tukar cerita lain pula.

Then after dah dapat meja, pekerja bangla kot datang setup meja aku. Dia on kan dapur tu tapi kat depan kipas kemain besar. Adeh fikir logik sikit ane. Kalau angin kuat mana la api tu nak on. Last-last aku suruh dia tutup kipas baru on. Kalau tak sampai esok aku tak dapat makan.
Sambil ane tu setup meja aku pergi la ambil bahan-bahan steamboat untuk dimakan. Sekali lagi terkejut. Banyak tu je ke? Seriously berbeza dengan kedai-kedai steamboat yang lain. Tak sampai 20 jenis bahan pun. Yang ada hanya udang, sotong, ayam/daging perap rempah, ayam/daging BBQ, fishball, sosej, crab filamen, wantan dan beberapa jenis sayur & mee. That's all!! OMG. Sangat tak berbaloi dengan apa yang aku bayar. RM22 per adult. Kalau aku pergi flamming RM26 per adult makan sampai pengsan. Variety bahan-bahan pun ada almost 100. Macam-macam jenis seafood ada. Tu tak termasuk minuman, makanan tambahan dan juga desert. Lagi satu yang tak boleh blah, air minum dah habis time aku nak ambil. Dia boleh cakap kita baru nak buat air lagi. What? Masa tu kau baru nak buat. Apa da?? Sekali round makan je stich cakap dah tak tau nak makan apa lagi. Huhuhu.. Sangat disappointed dengan BBQLand. Minta la owner BBQLand ni buat sesuatu supaya orang ramai puas hati makan kat situ dengan bayaran RM22. Datang jauh-jauh tapi sentap dengan makanan. Huhuhu. Memang sekali ni je la aku mengunjungi BBQLand. Sila upgrade kedai anda. Untuk yang nak mencuba sendiri sila la ke Seksyen 28 Shah Alam (dalam Bazaar Rakyat) or call for reservation 0178800627. BBQLand ada satu lagi cawangan di Sungai Buloh. Tapi aku tak pasti keadaan di Sungai Buloh. Mungkin lebih best atau sama je. Uols cek la sendiri ok. Aku pun tak pasti macam mana kedai ni dapat suggestion dari JJCM. =(

1 comment:

Anonymous said...

baru aku plan nak g malam ni yg kat shah alam tu. terus tak jadik bila bace review hang ni. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...