Tuesday, December 4, 2012

Sushi Handmade (Kimbap)

Kimbap. Hurmm. Nampak macam senang je nak prepare kan? Tapi susah ya amat!! Kimbap ni pula adalah rentetan daripada Korean Series The Greatest Love. Shuweet nya cerita tu. Suka sangat. So apa yang aku teringin after tengok cerita tu adalah kimbap. Adeh, macam mana nak buat ni. Selalu aku makan yang dah siap jual kat carrefour je. Mana la mampu nak buat-buat bagai. Tak reti mak! =p Kalau dah tak tahu buat tu of course la aku google kan. List kan barang-barang dan sesi pencarian bermula.
Bahan utama nak buat kimbap adalah beras jepun dan seaweed a.k.a rumpai laut. Beras sumo tu boleh didapati di Cold Storage atau Carrefour dengan harga RM9.90 per kg. Seaweed pun sama. Untuk 6 helai RM6++. Then sebatang timun jepun dan karot. Tambah juga crab filamen atau tuna. Ikot selera masing-masing la. Telur dadar boleh cheese ke. Apa-apa saja. Aku jadikan sushi kat carrefour tu sebagai model ahak2. Tak lupa juga, uols perlukan rice vinager/bancuhan gula&garam/sushi seasoning dan juga alas buluh untuk roll sushi tu nanti. Kat kedai hardware jepun tu ada jual. Ok next, resepi ala-ala kema version. =p

Kita terus pada cara pembuatan la ya.

Secawan beras jepun. Basuh sekali dua je. Then tambah 2 cawan air. masak macam biasa. Bila nasi dah nak masak masuk kan 1 sudu cuka beras/bancuhan garam&gula/sushi seasoning. Then angkat dan biar sejuk. 

Potong karot, timun jepun dan crab filamen secara memanjang.

Ambil sekeping seaweed bentang atas alas buluh (kalau nak senang letak plastik atas alas buluh tu supaya masa roll nanti nasi tak melekat nanti susah basuh). Basahkan tangan dengan cuka beras lepas tu letak nasi atas seaweed dan rata kan. Jangan sampai hujung sebab nanti bila nak roll nasi akan terkeluar.

Lepas tu susuh karot, timun jepun dengan crab filamen tu atas nasi tadi secara memanjang. Jangan lupa untuk celur dengan air panas.

Perlahan-lahan roll alas buluh tadi dan tekan dengan sekuat hati. Hahahaha. Roll sampai padat supaya bila potong nasi tak berterabur. Buka alas buluh dan plastik dan potong.

Siap!! Boleh la makan dengan kicap sushi & wasabi.. yummy!! below ni adalah sushi saya buat. First try. So sila abaikan jika tak cantik. Hahaha.

1 comment:

FATIMAH AZZAHRA' said...

Nice!! thanks a lot utk cara2 buat kimbab ni. Saya mmg obses dengan kimbab ni tapi tak pernah try buat. thanks a lot ye. ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...