Saturday, December 8, 2012

tenang nya berada di kampung

hai semua. Apa aktiviti weekend ni? Seronok berehat-rehat ya? Aku pun sama juga. Now berada di kampung. Seronok pula balik sama-sama adik dengan abang ipar. Selalu balik kampung seorang je. Nasib ada dorang, ada juga teman. Sekarang ni musim hujan, so berhati-hati la ketika memandu ok? Aku balik semalam pun hujan tersangat lebat. Tambah pula angin kuat. Tak nampak jalan. Dah la jalan jem. Memang la sengsara. Lepas kerja, letih, mengantuk. Drive dari PJ dah jem teruk, pulak nak sambung terus ke kampung. Alhamdulillah sampai juga. Sepanjang perjalanan ada 3-4 accident berlaku. Kesian, dah la hujan lebat. Harap-harap balik Putrajaya nanti tak la hujan.

Apa yang seronok kat sini adalah sunyi. Tak ada bunyi kereta lalu lalang, bunyi hon senyap je. Tambah pula rumah aku jauh dari pekan. Petang tadi ikut mak aku pergi petik limau kasturi, pungut durian and petik buah cempedak. Macam-macam ada kat kampung. Adik aku pula pergi ambil kan buah manggis. Esok pula nak sambung petik rambutan. Semuanya nak bawa balik Putrajaya. Weeeehooo. Best je. Semua free. Kalau kat Putrajaya memang semua pun ada tapi kena beli kat pasar tani. Hehehehe. Kampung korang macam mana pula? Mesti best juga kan?


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...