Wednesday, December 19, 2012

WW:Takdir Kehidupan

.....speechless....

Siapalah aku jika ingin berbicara tentang takdir kehidupan. 
Semuanya terletak ditangan NYA. 
Bersabar selagi mampu. Berharap selagi punya harapan.
Ku hanya mampu menerima semua ketentuan...

Tuesday, December 18, 2012

Zaiton Ceritaku

serangkai mawar
yang kau kirimkan
dimimpi yang lalu
aku tak sanggup memandang padanya
kerana mu...
Hati yang luka
semakin berdarah
mungkin tak terubat
aku tak sanggup menahan pedihnya
memaksa ku terkaku duka...

Sampai hati kau
mempermainkan cinta suci ku
kau guris hati ku
lalu kau cuba membalutnya....

Tapi telah ku tahu akan maksud mu
hanya untuk melukakan semula
sebagaimana yang pernah kau lakukan
ku hanya satu diantara
kumpulan kupu kupu hiasan diri mu....

Sampai hati kau
mempermainkan cinta suci ku
kau guris hati ku
lalu kau cuba membalutnya....

Tapi telah ku tahu akan maksud mu
hanya untuk melukakan semula
sebagaimana yang pernah kau lakukan
ku hanya satu diantara....

Ribuan janji yang pernah kau lafazkan
bukan hanya untuk melukakan
sebagaimana yang pernah kau lakukan
ku hanya satu diantara
kumpulan kupu kupu hiasan diri mu....

Serangkai mawar
yang kau kirimkan
masih memburu ku....

Aku tak sanggup menjadi mangsa mu
kerana ku bukan lagi milik mu....

*sedih aku tengok cerita ni*


Monday, December 17, 2012

Resepi Baked Macaroni

Jom kita main masak-masak. Kali aku nak kongsi cerita aku buat Baked Macaroni version senang sap sap soi. Janji semua bahan ada kompem jadi.
 Bahan-Bahan:
1 paket Macaroni *saya suka jenama AGNESI* direbus bersama olive oil + garam
1 tin sos spaghetti flavor Tradisional
2 cawan fresh milk
sekeping daging cincang *goreng dengan olive oil + garam + lada hitam*
5 biji tomato *buang kulit & di dadu*
 1/2 labu bawang putih *di hiris*
1 biji bawag besar *di dadu*
Cheddar Cheese parut *saya guna cheesdale hahaha*
Carrot *di dadu*
Celery
Olive oil
2 sudu tepung gandum
2 sudu butter/marjerin
 (actually sukatan lebih kepada agak2 sendiri..hahaha)
  
Cara-cara Pembuatan:
Tumis bawang putih & bawang merah dengan olive oil.
 Bila naik bau, masukkan tomato yang dah didadu & sos spaghetti. Kacau sehingga tomato cair.
Bila da blup blup *ehh* masukkan carrot & celery. Kacau.
Masukkan garam, lada hitam, gula dan basil. Rasa la. Mana yang kurang sila tambah sendiri sampai sedap.
Masukkan daging yang dah digireng tadi.

Cara-cara Pembuatan Sos Putih:
Cairkan butter. Bila da cair semua masukkan tepung gandum. Gaul sampai sebati.
Masukkan fresh milk. Kacau.
Tambah kan lada hitam & garam.
Kacau sampai pekat. *pekat dia sila agak-agak sendiri*

Then, masukkan macaroni dalam sos merah yang dah siap masak tadi. Gaul kan sampai rata. Guna bekas pembakar *ikut suka saiz apa* Masukkan macaroni dalam bekas. Ratakan. Then, letak sos putih tadi kat atas. Last sekali tepek kan cheese atas sos putih atau parutan cheddar tadi.
Bakar dalam oven. 
Siap!! (macam gamba di bawah)

Wednesday, December 12, 2012

12-12-12

Apa istimewa nya hari ini?? Tiada yang istimewa bagi aku. Cuma nak bergembia untuk kawan-kawan.
Just nak wish congratulation to my ex-officemate ABANG G yang telah melangsungkan perkahwinan nya pada tarikh ini. tahniah abg G. Semoga berkekalan hingga ke syurga ya. Sorry tak dapat attend majlis abg G..

*gamba cilok google*

Tuesday, December 11, 2012

Program Teens And Cash

Tamat sudah program Teens & Cash Anjuran Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga PUSPANITA Kebangsaan. Program ni adalah yang paling singkat sekali preparation nya. 2minggu. Tapi im glad semua nya berjalan dengan baik walaupun terdapat sikit sebanyak cabaran yang perlu ditempuh. Biasa la tu kan. Thanks ti Security Industry Development Corporation (SIDC) yang sudi membuat program ini secara percuma dan PTPTN. 

Program ini aku rasa sangat bagus untuk teens sebab pengisian nya banyak membincangkan mengenai pengurusan kewangan yang bijak. So ini satu pendedahan yang berguna la untuk para remaja yang baru meningkat naik. Yang baru lepas SPM. Sekurang-kurang nya selepas program ni mereka tahu macam mana nak simpan duit dan membezakan diantara keperluan dan kehendak. Program ni pun santai je dan amat sesuai la untuk teens. Disamping cuti sekolah ada juga la pelajaran baru untuk mereka. Harapan nya, moga-moga kepada semua yang hadir faham apa itu pengurusan wang dan boleh mengurus kewangan sendiri. Dan jangan lupa buka akaun sspn ya.. =)

*progran ni tak ade masa aku teens dulu. tu sebab aku tak pandai simpan duit. hahahaha*

Budak Bam Bam Geram Tak Dapat Kunyah Handphone

Adehh. Muntah la asyik update pasal Nur Naurah Auni. Baru balik kampung kata nya. Sesungguhnya anty sangat geram dengan pipi kamu yang bam bam itu and mata bolat. Update Mohammad Adam Haikal adalah kurang kerana budak itu asyik nak main je. Tak sudah2 dengan bajak dia tu. So kita update saja budak yang rela divideo kan disebabkan masih belum boleh buat apa2 aktiviti secara berlari. Hehehehe
video 

Sunday, December 9, 2012

Sedih ya Auni

 Kesian kena tinggal sama mama papa abang. Letih menangis terus tidur lepas makan. Mama kau kerja nak oii. Tinggal sama anty ok?? =)

- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, December 8, 2012

tenang nya berada di kampung

hai semua. Apa aktiviti weekend ni? Seronok berehat-rehat ya? Aku pun sama juga. Now berada di kampung. Seronok pula balik sama-sama adik dengan abang ipar. Selalu balik kampung seorang je. Nasib ada dorang, ada juga teman. Sekarang ni musim hujan, so berhati-hati la ketika memandu ok? Aku balik semalam pun hujan tersangat lebat. Tambah pula angin kuat. Tak nampak jalan. Dah la jalan jem. Memang la sengsara. Lepas kerja, letih, mengantuk. Drive dari PJ dah jem teruk, pulak nak sambung terus ke kampung. Alhamdulillah sampai juga. Sepanjang perjalanan ada 3-4 accident berlaku. Kesian, dah la hujan lebat. Harap-harap balik Putrajaya nanti tak la hujan.

Apa yang seronok kat sini adalah sunyi. Tak ada bunyi kereta lalu lalang, bunyi hon senyap je. Tambah pula rumah aku jauh dari pekan. Petang tadi ikut mak aku pergi petik limau kasturi, pungut durian and petik buah cempedak. Macam-macam ada kat kampung. Adik aku pula pergi ambil kan buah manggis. Esok pula nak sambung petik rambutan. Semuanya nak bawa balik Putrajaya. Weeeehooo. Best je. Semua free. Kalau kat Putrajaya memang semua pun ada tapi kena beli kat pasar tani. Hehehehe. Kampung korang macam mana pula? Mesti best juga kan?


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, December 6, 2012

Matyo "Kacang Lupakan Kulit"??

Disaat-saat aku membelek-belek laman facebook tadi tiba-tiba tergerak nak klik gambar dibawah. Nampak nya status yang dikeluarkan di facebook milik aisya isteri pemain bola sepak Harimau Malaya Shahrul Idlan Talaha menjadi perbualan hangat dekat timeline aku sekarang ni. Secara jujur nya aku memang sangat tidak berminat dengan Shahrul a.k.a Matyo sejak dari Final Piala FA Kelantan menentang ATM hari tu. Mungkin tatkala itu dia sangat perform masa dalam padang membuatkan nama Matyo menjadi bualan ramai. Kira terer vavavoom sangat la ni kan. Tapi aku tetap tak berminat. Bila isteri Matyo ni up statement macam ni lagi la aku menyampah tahap gaban punya. Sangat poyo ok siap cakap Matyo pemain terbaik dari kecil dan bukan orang yang membentuk nya. Its too much for me. Kalau tak ada yang ajar kau main bola dari kecik, tak ade la kau pandai nak menyepak bola tu. Cakap tu tak payah la poyo sangat. Walaupun aku orang Johor, aku still tak nak kau main untuk Johor sebab poyo sangat isteri kau cakap macam tu. Buat orang benci kat laki kau je. Ape dah!!
Bukan aku saje yang emo pasal ni. Tapi majoriti penyokong Kelantan pun berpendapat yang sama berdasarkan comment-coment yang aku baca tadi. Bagi aku, now sapa yang kacang lupakan kulit? Tak kisah la kau nak pindah mana pun tapi jangan la sampai mengguris hati penyokong-penyokong tegar masa kau main untuk Kelantan. Eh, malas la nak cakap banyak. Bila dah baca status ni korang nilai la sendiri.

p/s: this is my personal opinion sahaja. Harap Maklum. Tq. =)


- Posted using BlogPress from my iPad

Kikkoman Soy Sauce dan Sushi Sashimi halal kah?

Terlanjur bersembang tentang sushi ni, sekali la kita sembang pasal kicap sushi atau sushi soy sauce. Pada penggemar sushi comfirm la suka berkunjung ke Sushi King atau Sakae Sushi atau yang sewaktu dengan nya. Betul tak? Tapi bagi aku sob sob sebab stich tidak lagi berkunjung atau membawa aku berkunjung ke sana sebab status halal diragui. Hurmm, menurut stich kedai tu mungkin menghidangkan kicap sushi/soy sauce yang mengandungi arak/alkohol seperti sake dan mirin. Ada juga yang di brew untuk menjadikannya lebih sedap. Bagi aku soy sauce yang paling popular adalah jenama Kikkoman. Tapi tak tau la kalau ada yang lebih popular. Kalau kita beli di Jusco/Carrefour atau mana-mana Hypermarket mesti jual jenama Kikkoman termasuk lah yang paket-paket kecil tu. Waktu bercerita tentang sushi di office, ada seorang kakak tu tanya aku. Kicap Kikkoman tu halal ke? Start daripada tu aku pun macam tersedar sebab selalu aku makan je soy sauce Kikkoman ni.
 Ok, kalau All-Purpose Kikkoman Soy Sauce ni bagi aku tak halal la sebab dia state kat label tu NATURALLY BREW. Brew ni kan proses penapaian. So tak boleh makan la kan.

Yang ni pula Kikkoman Sushi & Sashimi Soy Sauce. Aku tak pernah jumpa pula yang macam ni. Tapi since  label dia pon tulis NATURALLY BREW so sama la macam kicap yang atas tu. Tak boleh makan.
 Ha, yang ni la kicap yang aku selalu makan. Adakah ia halal atau pon tak? Aku pun confius. Masa aku pergi Jusco IOI Mall, aku terkejut sebab Sushi & Sashimi Soy Sauce ni diletakkan di section Non-Halal Food sebelah luar. Lepas tu aku tak puas hati aku pergi la tanya kat juruwang kaunter bayaran Non-Halal Food tu. Aku tanya "Dik, barang kat luar ni pun Non-Halal ke?" then dia jawap "Ya". OMG!! stich pun terkejut sebab selama ni kami makan kicap ni. 

Siapa boleh tolong jawab apakah status sebenar Kikkoman Sushi & Sashimi Soy Sauce ni. Halal atau pun tidak? Aku pun pelik dengan semua kedai yang menjual barang-barang sushi ni. Kenapa barang-barang yang tidak halal pun campur dengan rak-rak makanan halal? Aku ni pulak jenis yang percaya je makanan tu halal sebab dia diletakkan di rak  biasa. Bila terjadi macam ni baru terfikir status. Lagi pula aku ni tiba-tiba jadi suka sangat makan makanan Jepun/Korea. Sentap tau kalau macam ni. Nak makan pun berdebar.

So, sesiapa ada feedback pasal ni inform la ok. Perkongsian maklumat kata nya. Hehehe. Kalau ada maklumat di atas yang salah, feel free to comment yaNow, aku just guna soy sauce yang jual kat Jusco kat section jual sushi tu. Ade jual kicap sushi/Soy Sauce dan Sushi Seasoning yang ada tanda halal kat situ. 

Tuesday, December 4, 2012

Sushi Handmade (Kimbap)

Kimbap. Hurmm. Nampak macam senang je nak prepare kan? Tapi susah ya amat!! Kimbap ni pula adalah rentetan daripada Korean Series The Greatest Love. Shuweet nya cerita tu. Suka sangat. So apa yang aku teringin after tengok cerita tu adalah kimbap. Adeh, macam mana nak buat ni. Selalu aku makan yang dah siap jual kat carrefour je. Mana la mampu nak buat-buat bagai. Tak reti mak! =p Kalau dah tak tahu buat tu of course la aku google kan. List kan barang-barang dan sesi pencarian bermula.
Bahan utama nak buat kimbap adalah beras jepun dan seaweed a.k.a rumpai laut. Beras sumo tu boleh didapati di Cold Storage atau Carrefour dengan harga RM9.90 per kg. Seaweed pun sama. Untuk 6 helai RM6++. Then sebatang timun jepun dan karot. Tambah juga crab filamen atau tuna. Ikot selera masing-masing la. Telur dadar boleh cheese ke. Apa-apa saja. Aku jadikan sushi kat carrefour tu sebagai model ahak2. Tak lupa juga, uols perlukan rice vinager/bancuhan gula&garam/sushi seasoning dan juga alas buluh untuk roll sushi tu nanti. Kat kedai hardware jepun tu ada jual. Ok next, resepi ala-ala kema version. =p

Kita terus pada cara pembuatan la ya.

Secawan beras jepun. Basuh sekali dua je. Then tambah 2 cawan air. masak macam biasa. Bila nasi dah nak masak masuk kan 1 sudu cuka beras/bancuhan garam&gula/sushi seasoning. Then angkat dan biar sejuk. 

Potong karot, timun jepun dan crab filamen secara memanjang.

Ambil sekeping seaweed bentang atas alas buluh (kalau nak senang letak plastik atas alas buluh tu supaya masa roll nanti nasi tak melekat nanti susah basuh). Basahkan tangan dengan cuka beras lepas tu letak nasi atas seaweed dan rata kan. Jangan sampai hujung sebab nanti bila nak roll nasi akan terkeluar.

Lepas tu susuh karot, timun jepun dengan crab filamen tu atas nasi tadi secara memanjang. Jangan lupa untuk celur dengan air panas.

Perlahan-lahan roll alas buluh tadi dan tekan dengan sekuat hati. Hahahaha. Roll sampai padat supaya bila potong nasi tak berterabur. Buka alas buluh dan plastik dan potong.

Siap!! Boleh la makan dengan kicap sushi & wasabi.. yummy!! below ni adalah sushi saya buat. First try. So sila abaikan jika tak cantik. Hahaha.

Monday, December 3, 2012

stress without PS


Kalau dulu setiap hari-hari aku dilengkapi dengan Adobe Photoshop di office. Nak buat photo editing hanya dihujung jari saja. Now sangat stress apabila i need to siapkan buku program by today tapi tak ada photoshop. What i have only Photoscape & Paint. Arghhh. Sentap betul lah. Dah la monday blues, mood berkarya tak datang-datang. *ecehh* Memang bertambah emosi la. Walaupun dulu hanya menggunakan PC zaman jepun, tapi software at least update la juga. Now PC dah vavavoom. Tapi, apa pun tak boleh. Rasa nak pijak je. Huh!!Ok, jom la sambung balik kerja yang tertangguh itu. sob sob. =(

Review: BBQLand Shah Alam Branch

Ada satu episod JJCM tu tayang pasal satu kedai steamboat. Tapi aku sangat lupa nama kedai tu. Banyak kali google still tak dapat. sob sob. Google punya google aku jumpa satu blog ni. BBQLand. BBQLand ni pun dapat plak JJCM. Dalam hati fikir-fikir mungkin ni la kedai nya. Tapi macam tak pasti sebab environment nya lain sangat. Tapi tetap kan hati aku buat booking. Sejam sebelum bertolak stich cakap maybe kedai yang aku cakap tu bukan BBQLand. Stich dah google dan jumpa Island BBQ Steamboat. Tapi apa nak buat, pergi je la since aku dah buat booking. Mari la kita mencuba.
punya la susah nak cari BBQLand ni. Letih okay. Dekat 2jam baru jumpa. Kalau orang yang tak biasa memang sesat la nak cari BBQLand ni. Sampai aku kena call tuan kedai untuk dapatkan direction. Fuhh. Masuk-masuk je, macam ehhh??apakah?? kedai steamboat kah ni? Stich punya gelak sebab aku cakap kedai tu macam 'Kedai Kene Bom'. Eh cam jahat pulak cakap macam tu. Kalau uols ada gi kedai ni sila inform adakah betul atau tak apa yang aku cakap ni. Sangat berbeza dengan Flaming Steamboat yang vavavoom tu. Ok malas dah nak cerita pasal environment. Tukar cerita lain pula.

Then after dah dapat meja, pekerja bangla kot datang setup meja aku. Dia on kan dapur tu tapi kat depan kipas kemain besar. Adeh fikir logik sikit ane. Kalau angin kuat mana la api tu nak on. Last-last aku suruh dia tutup kipas baru on. Kalau tak sampai esok aku tak dapat makan.
Sambil ane tu setup meja aku pergi la ambil bahan-bahan steamboat untuk dimakan. Sekali lagi terkejut. Banyak tu je ke? Seriously berbeza dengan kedai-kedai steamboat yang lain. Tak sampai 20 jenis bahan pun. Yang ada hanya udang, sotong, ayam/daging perap rempah, ayam/daging BBQ, fishball, sosej, crab filamen, wantan dan beberapa jenis sayur & mee. That's all!! OMG. Sangat tak berbaloi dengan apa yang aku bayar. RM22 per adult. Kalau aku pergi flamming RM26 per adult makan sampai pengsan. Variety bahan-bahan pun ada almost 100. Macam-macam jenis seafood ada. Tu tak termasuk minuman, makanan tambahan dan juga desert. Lagi satu yang tak boleh blah, air minum dah habis time aku nak ambil. Dia boleh cakap kita baru nak buat air lagi. What? Masa tu kau baru nak buat. Apa da?? Sekali round makan je stich cakap dah tak tau nak makan apa lagi. Huhuhu.. Sangat disappointed dengan BBQLand. Minta la owner BBQLand ni buat sesuatu supaya orang ramai puas hati makan kat situ dengan bayaran RM22. Datang jauh-jauh tapi sentap dengan makanan. Huhuhu. Memang sekali ni je la aku mengunjungi BBQLand. Sila upgrade kedai anda. Untuk yang nak mencuba sendiri sila la ke Seksyen 28 Shah Alam (dalam Bazaar Rakyat) or call for reservation 0178800627. BBQLand ada satu lagi cawangan di Sungai Buloh. Tapi aku tak pasti keadaan di Sungai Buloh. Mungkin lebih best atau sama je. Uols cek la sendiri ok. Aku pun tak pasti macam mana kedai ni dapat suggestion dari JJCM. =(

saya sayang adik saya

Mode; Miss both of you. Muhammad Adam Haikal & Nur Naurah Auni

Next week anty kems balik okay?? =)

Sunday, December 2, 2012

Istanbul Aku Datang (Watch Online)

After aku baca review Cik Muda, hati nak tengok cerita ni semakin memuncak. Bila tengok showtime kat panggung wayang cuma tinggal few je. Tu pun tak ada show malam. sewaktu bersantai rehat-rehat bersama bride-to-be kat rumah, tiba-tiba terjumpa cerita ni kat youtube. Terus off tv and give full attention kat movie. Seriously cerita ni memang cute. Thats why incik stich gila meroyy sama Lisa Surihani. hehehehe.

As Cik Muda review, Dian ke Istanbul untuk berjumpa dengan boyfriend dia tomok a.k.a Azad. Azad ni student medic kat sana. Dian ke Istanbul dengan harapan dia dapat buat Azad proposed dia. Setibanya di Istanbul, macam-macam kejadian berlaku. Kena tipu dengan lelaki pasal sewa rumah yang menemukan Dian dengan Haris. Bermula lah perang dingin antara Dian dan Haris. Satu insiden berlaku menyebabkan Dian dan Azad gaduh. By the time, Dian dengan Haris feel something. So, siapa yang menjadi pilihan Dian? Azad atau Haris? jom tengok sama!! =)

Linguine Aglio Olio

Semenjak menonton korean drama series PASTA tu, semangat membuak-buak nak masak pasta. series tu memang mempengaruhi aku la. then aku pun selalu la google resepi olio ni. kalau cerita kat orang pandai masak comfirm kena gelak sebab setakat nak masak olio sampai nak menggoogle bagai. nak buat macam mana, saya budak baru belajar. Aglio Olio ni  adalah basic pasta. so aku sangat teringin nak cuba. selalu nya aku hanya berminat makan bolognese or carbonara. pasta yang lain tak pernah nak cuba. so here the resepi. aku ada follow satu resepi ni tapi tak ingat pulak kat blog mana. =(

Bahan-bahan :

Linguine/Spaghetti (setengah genggam untuk makan seorang) *rebus dengan air + garam sikit*
4 ulas bawang putih (hiris nipis/tumbuk)
5 ekor udang (saiz sederhana)
Sedikit karot (potong dadu/ikut suka)
Sedikit capsicum (tak letak pun)
Minyak zaitun a.k.a olive oil (agak-agak sendiri)
Garam (secukup rasa)
Oregano
Basil
Parsley
Lada Hitam
Chili Flake *optional*

Cara-cara :

Panaskan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, karot dan capsicum. Agak-agak dah masak sikit, masukkan linguine/spaghetti yang sudah direbus tadi. Gaul sampai rata. Then masukkan sikit oregano, basil, parsley dan lada hitam. Tabur sedikit garam secukup rasa. Jika nak lebih pedas masuk kan chili flake tadi. SIAP!! =)

Actually olio ni boleh letak apa-apa je. Apa yang aku buat ni adalah yang paling sempoi mengikut bahan yang ada kat rumah. hehehe. Kata chef amatur. Selamat mencuba kawan-kawan. =)

Maxis Movies Buy 1 Free 1 Kembali Lagi

Ingat tak entry jaman dulu yang ai cerita? MB1F1 tu? Bila dapat sms sekejap tadi terus hati melompat kegirangan. Ya la kan, dah lama tidak menempek kan diri dekat panggung wayang kan. So, apa yang dilakukan adalah :

pertama : cek kat laman web maxis untuk mengesahkan sama ada promosi ini benar dan sah
kedua : cek promosi ini terbuka kepada siapa *of course la pengguna maxis*
ketiga : cek terma dan syarat promosi. *of course lah kan*
keempat : cek cara pembayaran supaya tidak tersentap dikemudian hari
kelima : tentukan medium yang boleh digunakan untuk membuat transaction.


MB1F1 kali ni masih sama macam dulu. Still boleh guna thru iphone, ipad, android dan smartphone. pengguna smartphone boleh layari m.maxismovies.com utk buat purchase. cara bayar pon sama. guna paypal acc. so for those yang tak ada paypal acc boleh la register kat SINI. apa yang berbeza pada MB1F1 kali ini adalah kekerapan penggunaan. macam before this, kita boleh purchase 2 kali seminggu per no. phone, now hanya boleh purchase 2 kali sebulan. sob sob sob. apa apa pun, thanks to maxis. jom kawan-kawan kita beli tiket sama-sama..for futher details tengok la SINI juga. kot la ada info yang membantu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...