Monday, June 2, 2014

#throwback : Wedding Card Invitation

Masih dalam entry #throwback..

Hari ni nak cerita pasal kad kawin.

Memang banyak ranjau dan duri masa dalam proses nak siapkan wedding card weols.. Weols decide nak buat card yang sama untuk dua2 majlis.. Aku tempah kad kawin ni kira dalam masa2 kecederaan juga la.. Gagau2 cari tempat nak tempah..

Finally, setelah aku da malas nak berfikir terus saja choose kadkahwinku.com .. Ni pun kira survey online je.. Tengok macam service dia ok sebab review banyak.. So weekend terus p sana untuk tengok contoh2 kad..


Showroom kadkahwinku.com ni da tukar tempat ya.. Mula2 mcm pening2 lalat gak la sebab xjumpa kedai.. Rupa2 nya da tukar tempat tapi dekat shop lot shop lot area tu jugak.. Alhamdulillah jumpa..

Banyak sangat card yang homey2 kat sini.. Weolss sangat la terlampau berkonan dengan card hard cover yang ada kat kadkahwinku.com ni.. Harga pon murah berbanding yang pernah aku survey2 kat internet.. Tapi malangnya tempoh masa nak buat tempahan card hard cover tu lebih lama.. Sobss.. Weolsss kan da masa kecederaan.. So impian berkubur disitu! 
Oleh kerana weols nak buat kad yang sama untuk majlis di johor dan sabah so kena la memilih secara bersama2.. Yes! Itu adalah sangat menguji kesabaran ya.. Sebab?? Pengantin lelaki juga adalah cerewet.. Tapi cerewet dalam cool.. Haihh.. 

Syarat pemilihan kad adalah kad yang muat untuk letak details kedua2 majlis, color yang tidak menjurus kepada kedua2 theme color majlis, yang sesuai untuk sanak saudara, sahabat handai, bos2, rakan2 pejabat, org2 kampung kami dan juga tetamu2 yg diundang..
Selepas tolak tambah darab bahagi, kami memilih kad Citraku SE sebagai kad kahwin idaman qolbu.. Bhahahha.. Kawin sekali seumur hidup, maka jodoh nya adalah dengan Citraku SE.. Warna cream + gold.. Warna selamat kata nya!

Disebabkan masa kecederan yang sangat cedera maka kami dicharge RM0.20 bagi setiap kad yang ditempah sebagai charge emergency.. Nasib la kan.. Tempah lewat maka ini makan dia!! Tapi tak apa lah janji kad kahwinkusiap.com.. Mih3

Alhamdulillah, everything going smooth.. Senang saja berurusan dengan dorang.. Dengan charge emergency tadi memang berbaloi sebab dorang buat memang on time.. Tak banyak pon perubahan yang nak kena buat.. Just part map tu je yang leceh sikit.. Leceh sebab weols ni tak bape nak heiiibatt dalam lukis melukis.. Tu yang terkedek2 tu..

Bertepatan dengan waktu yang dijanjikan kad Citraku SE pilihan kami telah siap dengan jayanya.. Hip2 hooray.. Lompat bintang sikit.. Kad nya nampak mcm skema sikit.. Tapi bia la kan.. Asal weols suka.. Ye tak?
 
Ni la dia kad pilihan.. Bila di scan mcm xcun sgt plk.. Hehehe.. Apa2 pon tatkala ini kedua2 majlis telah selesai.. Alhamdulillah.. Thanks kepada yang sudi hadir di kedua2 majlis.. Di Chaah Johor dan Papar Sabah.. Thanks juga kepada semu yang mendoakan perkahwinan kami.. Semoga Allah SWT merahmati kalian..

Kepada yang mencari2 vendor utk mencetak kad kahwin anda sila la pilih kadkahwinku.com sebab service dorang best, pilihan kad yang banyak dengan harga yang berpatutan.. Saya suka.. Mih3.. Thank you kadkahwinku.com kerana merealisasikan kad kahwin Akhmar & Raynaur!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...