Tuesday, April 21, 2015
Wednesday, June 4, 2014
#throwback : Wedding Cake
#throwback
Throwback kali ni adalah tentang wedding cake.. Syahdu bila terkenang pada wedding cake ni.. Weols kan ke pasangan last minute.. Segala2 bagai semua last minute.. Da nama pon last minute memang koser la orang nak buatkan cake idaman ko tuh!!
Sedang aku tengah redha dengan cake icing bodo2 sbg wedding cake aku, i got suprise!! Thanks to my aunt kupu2, moksu lin sbb merealisasikan impian wedding cake aku nih.. Hoyeah2.. Dapat hadiah wedding cake!! Iolss adalah suka to the max! Moksu merupakan pengapit aku punya moksu..ekekekeke..thats y aku gelarkan my aunt kupu2.. Makcik kepada supupu aku.. Alhamdulillah last minute dapat good news syukur sangat.. And rezeki juga sebab moksu have a good relationship with the chef MadAboutCake ni so order last minute pon still boleh kawtimm! Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah! Moga Allah SWT limpahkan rezeki buat moksu sekeluarga..
Yg paling ohsemm adalah aku diberi peluang memilih wedding cake yg mana aku suka and also all the decoration..
Untuk bakal2 pengantin, kalau mau wedding cake idaman kalbu sila la tempah dengan Mad About Cake sebab cake dia super ohsemm dan sedap.. Yang paling penting decoration sangat cantik sampai ko tak sampai hati nak makan..
Untuk style cake boleh je tgk2 kat website dorang.. Serius rambang mata sangat.. At last sesuai dengan tema wedding weolss so sy bersetuju memilih 2 Tiers Living Style Cake seperti yang disuggest oleh moksu.. Untuk style wedding cake yang boleh refer sini.. Design totally sama cuma tukar patung kat atas kek tu aje.. So hasilnya seperti gambar dibawah..
TARAAAA!! Iols adalah super suka! Ononononom!

Monday, June 2, 2014
#throwback : Wedding Card Invitation
Hari ni nak cerita pasal kad kawin.
Memang
banyak ranjau dan duri masa dalam proses nak siapkan wedding card
weols.. Weols decide nak buat card yang sama untuk dua2 majlis.. Aku
tempah kad kawin ni kira dalam masa2 kecederaan juga la.. Gagau2 cari
tempat nak tempah..
Finally, setelah aku da malas nak berfikir terus saja choose kadkahwinku.com .. Ni pun kira survey online je.. Tengok macam service dia ok sebab review banyak.. So weekend terus p sana untuk tengok contoh2 kad..
Showroom kadkahwinku.com ni da tukar tempat ya.. Mula2 mcm pening2 lalat gak la sebab xjumpa kedai.. Rupa2 nya da tukar tempat tapi dekat shop lot shop lot area tu jugak.. Alhamdulillah jumpa..
Banyak sangat card yang homey2 kat sini.. Weolss sangat la terlampau berkonan dengan card hard cover yang ada kat kadkahwinku.com ni.. Harga pon murah berbanding yang pernah aku survey2 kat internet.. Tapi malangnya tempoh masa nak buat tempahan card hard cover tu lebih lama.. Sobss.. Weolsss kan da masa kecederaan.. So impian berkubur disitu!
Oleh kerana weols nak buat kad yang sama untuk majlis di johor dan sabah so kena la memilih secara bersama2.. Yes! Itu adalah sangat menguji kesabaran ya.. Sebab?? Pengantin lelaki juga adalah cerewet.. Tapi cerewet dalam cool.. Haihh..
Syarat pemilihan kad adalah kad yang muat untuk letak details kedua2 majlis, color yang tidak menjurus kepada kedua2 theme color majlis, yang sesuai untuk sanak saudara, sahabat handai, bos2, rakan2 pejabat, org2 kampung kami dan juga tetamu2 yg diundang..
Selepas tolak tambah darab bahagi, kami memilih kad Citraku SE sebagai kad kahwin idaman qolbu.. Bhahahha.. Kawin sekali seumur hidup, maka jodoh nya adalah dengan Citraku SE.. Warna cream + gold.. Warna selamat kata nya!
Disebabkan masa kecederan yang sangat cedera maka kami dicharge RM0.20 bagi setiap kad yang ditempah sebagai charge emergency.. Nasib la kan.. Tempah lewat maka ini makan dia!! Tapi tak apa lah janji kad kahwinkusiap.com.. Mih3
Alhamdulillah, everything going smooth.. Senang saja berurusan dengan dorang.. Dengan charge emergency tadi memang berbaloi sebab dorang buat memang on time.. Tak banyak pon perubahan yang nak kena buat.. Just part map tu je yang leceh sikit.. Leceh sebab weols ni tak bape nak heiiibatt dalam lukis melukis.. Tu yang terkedek2 tu..
Bertepatan dengan waktu yang dijanjikan kad Citraku SE pilihan kami telah siap dengan jayanya.. Hip2 hooray.. Lompat bintang sikit.. Kad nya nampak mcm skema sikit.. Tapi bia la kan.. Asal weols suka.. Ye tak?
Ni la dia kad pilihan.. Bila di scan mcm xcun sgt plk.. Hehehe.. Apa2 pon tatkala ini kedua2 majlis telah selesai.. Alhamdulillah.. Thanks kepada yang sudi hadir di kedua2 majlis.. Di Chaah Johor dan Papar Sabah.. Thanks juga kepada semu yang mendoakan perkahwinan kami.. Semoga Allah SWT merahmati kalian..
Kepada yang mencari2 vendor utk mencetak kad kahwin anda sila la pilih kadkahwinku.com sebab service dorang best, pilihan kad yang banyak dengan harga yang berpatutan.. Saya suka.. Mih3.. Thank you kadkahwinku.com kerana merealisasikan kad kahwin Akhmar & Raynaur!!
Thursday, May 29, 2014
#throwback : Honeymoon
#throwback
After 5 hari nikah kami berhoneymoon dari 19/2/2014 hingga 22/2/2014 di Bali Indonesia.. Fly with Malindo Air.. Aku first time naik Malindo keterujaan melampau sebab nak tengok movie in flight.. Tapi rejeki tidak menyebelahi aku sebab ada masalah teknikal.. so semua passenger tak dapat nak melayan movie.. Hoh! so apa nak buat?? Ko tengok aku aku tengok ko je lah sambil makan2 selama 3 jam.. pftttt..
Setibanya di Ngurah Rai International Airport berbaris la ko belingkar2 mcm ular sawe nak cop imigresen.. adehhh..punya lama! After 1 jam baru lepas and terus ke kaunter airport taxi.. Taxi pilihan semestinya Blue Bird.. =p
Perjalanan mengambil masa almost 1 jam nak sampai ke destinasi pilihan kami.. Kupu Kupu Barong Villas and Tree Spa by L'Occitane terletak di daerah Ubud.. eh eh betul ke daerah? hamtam la labu.. Hotel ni memang dalam hutan.. So ia adalah jauh dengan tempat2 berjimba yang lain.. Mau privasi kata ko haaa dok la dalam utan.. mihmih.. Thanks to my lovely hubby bam2 for this ohhhsemmm honeymoon!!
Urusan check-in done so menikmati la kita manggo juice & cold
towel sambil menunggu buggy sampai.. Kepada yang memilih untuk stay
disini jangan mengada2 nak jalan kaki ke villa sebab ko akan merana
dikemudian hari.. bhahahaha..
After 5-10 minit naik buggy sampai kat entrance villa kami no. 19.. Villa pilihan adalah Ayung River Pool Villa..
Aku suka sangat dengan view hotel ni.. Memang terbaik! Sangat sesuai untuk santai2 menikmati keindahan alam.. Tenang aman dan damai.. Hanya dengar bunyi air sungai mengalir, bunyi unggas2.. Bunyi2 alam la senang cerita.. Ops lupa, hotel ni adalah mengadap Ayung River.. Kalau sesiapa yang adventurous boleh la p rafting..
This is our pool! Swimming la sampai lebam xde orang nak hirau, xde orang nak kacau n xde share2.. Infinity pool yang hubby sy wish for! Nampak itu tangga yg berlingkar? Ye! Hotel ni adalah dilereng bukit dan sangat banyak tangga.. So dr awal td da warn siap2 sila jgn gedik nak jalan kaki.. Sakit betis ohh! Nak buka pintu pon menyeret nak sampai atas lg kan nak sampai main entrance! Fuh ketibas.
Day bed.. Aku rasa mcm banyak sangat tempat nak lepak.. Sampai xtau nak lepak kat mana dlu.. Kebanyakkan dinding adalah kaca so mmg see-thru.. Bila siang ohsem bila malam seram! gelap gelita!
Main bed.. Decoration terbahekk! Setiap pengunjung akan dapat signature bag + kipas tangan Kupu Kupu Barong..
View from the other side.. Bath tub mmg tetengah alam ye.. pintu tarak..
yang ada langsir je.. Bath tub juga adalah semi see-thru..
View dari balcony di waktu pagi.. Tenang je hirup udara segar.. Memang best! Sambil breakfast sambil tengok orang terjerit2 main rafting.. Macam syok jugak! Tapi mak is tak koserrr.. =p
Disebabkan hotel tu jauh kemain, tak de la berjalan sakan pon.. Lebih banyak menghabiskan masa di villa.. Aku suka sangat tempat tu sampai sayang nak tinggal.. Tapi tak kan la tak kemana2.. ye tak? So after hi-tea moh la kita ke Ubud Market.. Transport tak usah repot2 sebab Kupu Kupu Barong ada free shuttle service..
Macam2 ado kat Ubud Market.. Special dia opkos la yang art2 kan.. Ukiran patung2.. Painting.. Yang mcm kraf2 tangan tu memang banyak la.. Rembat satu dua yg bekonan.. Singgah2 Pura a.k.a Kuil yg ade.. Snap2 gamba sikit jadi la kan..![]() |
| Ubud Market, Bali |
Ok.. yang ni part paling sengsara.. Nak turun naik dari pintu utama villa nak sampai ke pintu bilik.. Hadoiiii hai.. 4 hari stay sini injured betis aku.. Sakit to the max!

Day 3 plan asal nak ke ubud market utk cari pak supir.. Waktu menunggu shuttle, ada staff yang suggest supir hotel tapi dengan kadar bukan hotel.. Ohsem! itu la yang kita cari.. Aku lupa nama supir tu tpi dia ok.. Best gak! Dengan timing yg limited banyak juga tempat yg dia bawa.. tapi sekitar ubud la.. Tak dan nak p denpasar sebab jauh sangat.. Tak pe kami redha.. Mih3.. Tpt dilawati Pura Tirta Empul, Pura Gunung Kawi, Yeh Pulu, Goa Gajah, Rice Terrace, Gunung Batur Kintamani & Bali Pulina..
Pura Tirta Empul
Goa Gajah
Bali Pulina & Rice Paddy Field
Kat sini la dorang jual Luwak Cofee.. Dari mula sampai akhir proses orang tu cerita kat kitaorg.. Lembut je.. hikhukhikhuk.. Last dia bagi free 8 jenis cofee untuk diminum.. Yang kena charge Luwak Cofee je.. Tapi aku xtry pon.. Kata nya xboleh minum sebab Luwak Cofee tu adalah daripada biji cofee yang telah dihuhukkan oleh si luwak..mih3
Macam2 ada.. ginseng la vanilla la coklat la..hamtam la labu..apa2 aje la.. Last before balik kita beli la sikit2 cofee2 yang ada.. yang lazat2 tu..
Mount Batur Kintamani
Pura Gunung Kawi

Pura paling hazabbb nak sampai.. Punya banyak tangga.. Vacation ni membuatkan aku fobia dengan tangga.. bertambah injured betis aku.. Nak reach pura ni kena tempuh 371 anak tangga.. PITAM! Nasib view paddy field shomelll.. Kalau x...pftttt
Nampak makcik kat bawah tu.. Dia dah tua tapi jalan steady je.. Aku kemaih mengah to the max!! Sampai keluar bunyi napas kuda!

Couple ni from India.. Sama gak macam kitaorg.. Hu Hah Hu Hah termengah2 semua.. Hubby dia sia count lagi bape banyak tangga dia turun.. Turun pon da xcukup napas lagi kan pula nak naik.. Hoh!! Xmo da aku p sini lagi..

Yeahh.. Abes gak entry #throwback honeymoon.. Tak banyak berjalan tempat2 yang must visit tapi iolss happy je.. Thanks darl!!
p/s to en stich : sila repeat trip bali sebab mau khatam kan place to visit..okay darl?? Bodek punya pasal i letak gamba u besar punya kat last entry ni..mih3
Labels:
Ayung River,
Bali,
Bali Pulina,
Goa Gajah,
honeymoon,
Kupu Kupu Barong,
Kupu Kupu Barong Villas and Tree Spa by L'Occitane,
Luwak Coffee,
Pura Gunung Kawi,
Pura Tirta Empul,
Ubud,
Ubud Market
Tuesday, February 4, 2014
Monday, December 9, 2013
Under estimated
cerita hujung minggu.
ahad semalam aku adalah teringin breakfast McD..dah lama rasa tak makan pancake..so ke equine la kita..dah kata ko nak p breakfast harus pakai sesempoi yang boleh..tak kan la nak pakai mcm p makan kenduri kan.
bukan pasal McD yg aku ingin story kan disini tetapi apa yg berlaku after that..aih la tah antu mana merasuk, ke Mid Valley la kami..adoii la kan..da la dgn pakai selebet ala2 makcik p pasa malam..tp disebabkan Mr. Fiancee yg tak berapa nak kesah..aku gagah kan juga la masuk MidV..huhuhu..comot nya aku..
kalau sekadar nak menjenguk Kamdar Jusco mahupun Metrojaya aku adalah "Ade Aku Kesah"..hurmm..tetiba tak tau juga la antu dari mana dtg merasuk lagi sekali..so ke kedai jewelery la kami..segala mak nenek kedai emas perak intan berlian diterjah..nak survey kata ko..ada yg kenan ada juga yg tak..bila bosan..ke Garden plk..oooohoii la tebal muka mak 16 inci..dah kata pakai selebet tadi kan..pfttttt..
tah mcm mana kami termasuk kedai Lumiere..mula2 tgk2 kat lua je..disebabkan godaan Mr.Salesman masuk juga la..alamak..xde org la..komfem mahal..baru je duduk Ms.Salesgirl dgn senyum menawan menghidangkan kami peachtea sorang secawan..oohoii..mcm tau2 je kami dah letih jalan..dapat plk teh suam..nyaman nya rasa..belum sempat nak tanya2 Mr.Salesman offer suruh cuba mana2 yg sy nak..wahh..sgt memahami..so sambil membelek2 men'try2 segala sambil melayan peachtea tersebut dgn super santai..siap Ms.Salesgirl tu dok merefill2 kat Mr.Fiancee..baik nya dorang ni..aku admit sume benda yg berkonan adalah RM3-4k above..pfttt..tu baru cincin..belum bracelet mahupun necklace..mau beribu ribu ribu ribu lemon..alamat botak la kepala tunang sy itu..mihmihmih..oleh itu, keluar la kami dgn muka gembira..walaupun tak beli Mr.Salesman adalah sgt polite bahasa nya sambil memberi namecard dgn pesanan sekiranya berminat sila hubungi saya..
after that kembali ke MidV dan jalan punya jalan masuk pula kedai Diamond & Gold by Poh Kong..masuk2 je sume pon macam bolayan kan..huhu sudah mula merasa sedih..sambil2 belek..masih tiada sape yg approach..sampai aku duduk bru la sorg minah cina ni mai..tu pon dgn muka ketat..huhu..semua pertanyaan kami dijawab dgn muka kerek dan sgt xpolite..siap pandang atas bawah..jgn kan nak offer suh cuba air kosong secawan pon nan hado..mmg tak la kan..seploh kali Mr.Fiancee dok tunjuk2 dia buat tak reti je..last2 kami pun fedup dan keluar dr situ..uwaaaa..sedihnya..mentang2 la kami dua berpakaian seperti makcik pakcik p pasa malam..bole kau layan kami begitu ya..sentap okeh!tak mengapa lah.sobsssss..
kesimpulan nya, sungguh berbeza layanan kedua2 kedai tersebut..kedai pertama adalah kedai yg exclusive bagi kami berbanding kedai kedua..tp layanan kedai pertama adalah sgt hebat setanding dgn keexclusivean kedai itu berbanding kedai poh kong y super poyo..aihhhh la..marah btol aku..jgn la ingat org yg pakai mcm makcik2 atau pakcik2 itu adalah tak mampu beli..bagi aku kalau org tu bersungguh2 nak tanya, org tu adalah bertujuan mmg nak membeli..so layan la dgn baik..kalau tak nak layan pon at least senyum la kan..sejuk juga ati..ni tidak..hurmmm..apa la naseb kami smlm..sgt pfttttt..
Wednesday, December 4, 2013
Highland Tower
masing masing mesti dah tengok kan cerita ni..so amacam?takot x?aku tak de la p tengok panggung cerita ni..tengok online saje..dalam ati takot tapi nak tengok gak..so far ada la dua tiga ketul footage antu yang ada dalam cerita ni..sinopsis xyah sembang la kan..opkos la cerita dia cari antu pakai video camera kan..
Yang menjadi persoalan bagi aku, betul ke doku cerita ni disediakan baru proposed jadi filem?ke belakon?ke real?ke belakon?ke real?ehh??
Satu je aku rimas cerita ni sebab jerit2 disamping camera yang pening..mihmihmih..ke aku sorang je yang pening org lain lekkk je..hah lantak lerrr..
Psttt..kalau korang nak tgk p terjah blog ceritasemasa..hehehe
Tuesday, November 26, 2013
Wedding Preparation
sehingga ke hari ini aku masih lalalalalala je dengan wedding preparation aku..tak banyak pon yang dah settle..tapi aku still rilex..bila tengok kelendar baru la nak menggelabah..fuhhhh..scary okeh..susah betul nak kahwin ni..ingt kacang aje..ekekekeke..xpe xpe..pelan pelan kayuh insyallah semua nya akan selesai..kamu kamu dan kamu semua sila doakan majlis saya berjalan dengan lancar ya!! =)
Thursday, November 7, 2013
Renew Driving License
#ceritadahbasi
as uols know la kan..sekarang ni expired date untuk driving license kan ikut tarikh lahir dah kan..itu semua untuk mengurangkan keterrrrrlupaan kita merenew lesen memandu..begitu...masing2 dah tentu2 la ingat kan bila tarikh lahir sendiri kan??
mungkin faktor usia membuatkan kita terlupa..nak salah kan usia pulak dah..haha..ye..aku memang terlupa renew lesen memandu ye kawan2..cerita bermula begini...
my fren : fuhh ramai tol org kat JPJ..*sambil menunjukkan no giliran nya super duper lama lagi*
aku : awat??renew lesen kah?apa yg ko susah2 p JPJ..post office sudah!
my fren : yela..kan ke smlm birthday aku..so nk renew lesen la..oi oi..skrg kan lesen baru..kena buat kat JPJ..mana boleh kat post office..
aku : lesen baru ke?aku punya rilek je y kaler pink liminate bodo2 tu..
my fren : sekarang ni yg baru la..dia mcm mykad..
*dalam ati dah dupdapdupdap sbb terfikir birthday kami sama bulan tp aku yg dlu dr dia..so dlm keadaan berdebar aku korek2 cari lesen dlm wrislet*
aku : beb!!!!!oiii..aku xrenew lesen la!!!! OMG OMG
my fren : oii..ko kan dulu dr aku..bape lama da ko bawak kete xde lesen ni??
oooohoiii..tersirap darah ketakutan disitu!!aku telah memandu tanpa lesen sebanyak 23 hari..ohhmai..pegi balik putrajaya-petaling jaya setiap hari termasuk balik kampung without a license!!memang gila..oooolahaiii..da ikut birthday pon masih lupa..padan muka..asik dok ingt birthday treat langsung lupa pasal renew..coiii tol..
keesokkan hari nya aku ke JPJ Cawangan Bangi Seksyen 7..tau ke idokk??sila google map..malam semalam nya aku telah membuat research sedikit disebabkan my fren kata penalti lewat akan dikenakan..sobssss..sabo je la..
menurut pembacaan aku..sekiranya kita lewat even sehari pon..penalti lewat akan dikenakan..lagi pulak aku lewat 23 hari..begitu..barang sesiapa yang lewat akan dikenakan amaun pelarasan tempoh..maksudnya kalau ko lewat sehari ko xboleh renew setahun..harus renew 2 tahun terus atau lebih..fuhhh..kelegaan sedikit disitu..kot la tetiba dia kata kena denda RM300 ke RM500 ke...mau aku pitam kat JPJ tu..kesimpulan nya aku kena renew 2 tahun..fee untuk renew masih lagi sama iaitu RM30 setahun..maksudnya aku kena bayar RM60..begitu..
sape agak2 nak buat lesen tu sila la bawa gamba pastport yg vavavooom comey lotey jika xnak menggunakan gamba kad pengenalan mahupun gamba lesen lama..aku agak sentap sebab tak de bawa gamba y ok..gamba pastport sume abes dah..disebabkan gamba ic dan lesen lama adalah gamba zaman tok nanding aku gagah kan juga cari gamba dlm beg..yg ado hanya lah gamba zaman UKM..adehhhh..faul tol..gamba blurr pulak tu..naseb lahaiii dpt lesen baru tp gamba xcantik..sobsssss..
pesanan penaja..sila la jangan lupa atau buat2 lupa nak renew license tatkala birthday menjelang yekkk..aku ingat kan diri sendiri juga..takut gak aku lupa lagi..kang ade yg kene lempang sedas ngn pegawai JPJ tu kang..lupa smpai lebam..hoh!
Tuesday, October 22, 2013
"Noreen Noor Dalam Kenangan"
"Noreen Noor Dalam Kenangan"
Al-Fatihah..berita sedih dipagi hari..dah lama tak dengar cerita tentang Noreen Noor..tup tup dah meninggal dunia.. innalillahhiwainnailahirojiunn..moga dia ditempatkan didalam golongan orang yang beriman..Aminnn...meninggal di Hospital Ampang Puteri pagi tadi akibat kegagalan jantung dan buah pinggang menurut blog Roti Kaya..thanks again rotikaya..
ekceli aku up entry ni sebab aku teringat cerita dia belakon..seriously cakap, kalau sebut nama dia aku mesti ingat watak MONLISA dalam Filem CINTA METROPOLITAN!why?sebab maybe aku mengenali Noreen Noor buat pertama kali menerusi filem ini..aku suka tengok dia dalam cerita ni..dia sangat cantik..then dia ada nyanyi satu lagu dulu..tajuk nya siang terbayang malam merindu kot!!ye ke ek??
sebenar nya nak cakap DULU...AKU GILA MATI SAMA KRU!!lapanbelasratos kali ulang tengok filem2 KRU..

Subscribe to:
Posts (Atom)























