Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Wednesday, December 4, 2013

Highland Tower

masing masing mesti dah tengok kan cerita ni..so amacam?takot x?aku tak de la p tengok panggung cerita ni..tengok online saje..dalam ati takot tapi nak tengok gak..so far ada la dua tiga ketul footage antu yang ada dalam cerita ni..sinopsis xyah sembang la kan..opkos la cerita dia cari antu pakai video camera kan..

Yang menjadi persoalan bagi aku, betul ke doku cerita ni disediakan baru proposed jadi filem?ke belakon?ke real?ke belakon?ke real?ehh??

Satu je aku rimas cerita ni sebab jerit2 disamping camera yang pening..mihmihmih..ke aku sorang je yang pening org lain lekkk je..hah lantak lerrr..

Psttt..kalau korang nak tgk p terjah blog ceritasemasa..hehehe


Sunday, December 2, 2012

Istanbul Aku Datang (Watch Online)

After aku baca review Cik Muda, hati nak tengok cerita ni semakin memuncak. Bila tengok showtime kat panggung wayang cuma tinggal few je. Tu pun tak ada show malam. sewaktu bersantai rehat-rehat bersama bride-to-be kat rumah, tiba-tiba terjumpa cerita ni kat youtube. Terus off tv and give full attention kat movie. Seriously cerita ni memang cute. Thats why incik stich gila meroyy sama Lisa Surihani. hehehehe.

As Cik Muda review, Dian ke Istanbul untuk berjumpa dengan boyfriend dia tomok a.k.a Azad. Azad ni student medic kat sana. Dian ke Istanbul dengan harapan dia dapat buat Azad proposed dia. Setibanya di Istanbul, macam-macam kejadian berlaku. Kena tipu dengan lelaki pasal sewa rumah yang menemukan Dian dengan Haris. Bermula lah perang dingin antara Dian dan Haris. Satu insiden berlaku menyebabkan Dian dan Azad gaduh. By the time, Dian dengan Haris feel something. So, siapa yang menjadi pilihan Dian? Azad atau Haris? jom tengok sama!! =)

Friday, April 20, 2012

Mirror Mirror

at last dapat gak aku tengok cite mirror mirror on the wall ni last friday.. naseb baik lom abes tayangan lagi.. lau x sentap.. *eh ko asik2 nak sentap je*cite ni pon cute jugak.. lakonan mak tiri mmg terbaikkk.. snow white yg mulus tu geram okeh.. putih sesangat!! lawaak la cite ni..

One For The Money


 cite ni juga da beJOINNNNNNN aku tengok.. pon da basi.. adoiiyaiii.. tp aku suka si katherine heigl ni.. cuteeeeee sgt!! comel okeh time2 dia wat investigation tu.. cute cute cute!!

Friday, February 10, 2012

Chronicle

akibat terjebak ngan Cik Muda punya entry, termakan juga la dengan sinopsis cerita ni.. so moh ler kita nengok nye.. huhuhu..thanks to kak noms coz membanjer saya tgk movie ni.. hehehehehe
chronicle mengisahkan tiga remaja iaitu Andrew, Matt and Steve yang juga pelajar sekolah.. suatu malam ketika ada majlis keramaian, mereka bertiga menemui sebuah lubang yang mengeluarkan satu bunyi yang agak pelik bersama gegaran.. so dorang ni decide untuk masuk dalam lubang tu dan minta andrew merakam video tatkala mereka masuk ke dalam.. for your info, andrew ni setiap saat pegang camera video.. dorang ni terusik satu benda kat dalam tu dan mengeluarkan satu cahaya.. aku xtau apa berlaku..
selepas kejadian dalam lubang tu, ketiga2 mereka dapat kuasa luar biasa.. mereka lebih kuat, boleh terbang dan sebagainya hanya menggunakan fokus fikiran.. so dorang ni terlalu excited la.. semakin dorang ni berlatih guna kelebihan tu macam2 lagi dorang boleh buat.. kira macam kelebihan tu akan bertambah la.. antara mereka ni andrew je yang lebih kuat berbanding dua orang lagi tu..
bila dah terlalu mahir, mereka ni macam da tak ikut rule.. mensuka je nak buat apa2.. matt yg suggest supaya mereka lebih ikut peraturan but andrew macam degil.. andrew ni ada bad family history.. tu yang dia lebih memberontak..
selepas pelbagai kejadian berlaku, termasuk kecederaan, andrew menjadi lebih tidak terkawal.. yang lain xleh nak wat pe sebab andrew ni paling kuat.. lau korang nak tau macam mana nak hentikan kegilaan andrew terhadap kelebihan yang ada pada diri dia, sila la p tonton sendiri ya.. xbest plk lau cite sume.. hehehe.. satu je aku xsuka cite chronicle ni sebab dia guna kamera pegang sendiri.. pening okeh kepala aku.. mencik betul.. aku rasa filem ni ruginya disitu.. xperlu self-capture recording aku rasa.. lau xguna kamera sendiri aku rasa filem ni akan lebih cantik dan memusakan hati penonton.. =) just my opinion

Azura

azura ni cerita yg aku dengar meletop2 juga la tetime jaman 80-an dulu.. kompem mak2 ayah2 kita dlu p tengok cite ni kan.. serius cakap sekali pon aku xpenah tengok cerita ni.. tp bila orang da dok pung pang pung pang pasal cerita ni nak juga aku menengok nye.. kot la best sampai tergolek2 kan.. hehehehe
mmm.. bagi aku si penonton yg xpenah menonton filem azura zaman 80-an ni, aku rasa cerita ni xde la best benor benor benor.. adoii matik la kene kick ngn fan azura 80-an & 12-an..hehehee.. ke sebab aku xminat ngn Shah Jazle.. ntah la.. jalan cerita memang opkos la lebih kurang cerita dlu tu kan.. masa aku type entry ni aku sudah tonton itu wayang azura 80-an.. tp tak terlalu berkesan dihati la..
cerita ni tentang zack anak orang kaya n azura anak orang kebanyakkan yg saling jatuh cinta masa kat padang paintball.. hubungan terhalang oleh keluarga.. besela kan.. orang kaya mana bagi anak nya bercinta cintun sama orang kebanyakkan.. tak standard katanya.. huhuhu.. demi cinta zack n azura bernikah di London tanpa ketahuan bapanya.. yang membantu dalam menjayakan pernikahan mereka adalah nenek zach and anak saudara nenek dia.. terpaksa hidup susah bersama azura coz ayah dia tarik balik semua kemudahan yang dilimpahkan oleh Tan Sri Puteh.. 
dorang survive bersama di Malaysia sampai la si zack ni ragu2 dengan azura coz azura telah bekerja di sebuah syarikat travel agent.. tambahan pula after graduate, azura mendapat tawaran bekerja di singapore.. Tan Sri Puteh mengambil peluang ini untuk membuatkan zack berpisah dengan azura.. demi masa depan zack, azura meninggalkan zack supaya zach dapat menyambung pelajaran di Oxford..
apa yang terjadi kepada azura dan zack setelah berpisah?? macam mana dorang jumpa balik?? saksikan lah cerita azura dipanggung berhampiran.. lau x pon, p beli DVD cetak rompak kat pasa malam.. hehehe

Hafalan Shalat Delisa

masa cuti panjang last week, tatkala tiada cerita menarik kat tv, mohon ler jasa baik kak nor utk tengok cerita ni kat youtube.. aku terasa nak tengok since kat tv slalu promote cite ni.. kan tentang tsunami, so mesti best..
cerita ni mengisahkan Delisa seorang kanak2 yang periang tinggal di Lkoh Nga, Acheh bersama Ummi iaitu ibunya dan Fatimah, Aishah & Zahra iaitu kakak2 nya.. Abi Usman (ayah) bekerja di kapal dan selalu berlayar.. Pada suatu hari, ketika Delisa menghadiri ujian amali hafalan sholat yang ditemani oleh ummi nya, kejadian tsunami berlaku.. waktu itu Delisa yang kelihatan khusyuk sekali menghayati hafalan nya tidak mengendahkan apa yang berlaku dan akhirnya dihanyutkan ombak tsunami.. Delisa teah diselamatkan oleh seorang askar.. malangnya kaki Delisa terpaksa dipotong akibat kecederaan sewaktu dihanyutkan ombak.. Abi Usman bergegas pulang ke Lkoh Nga mencari keluarga nya.. adakah kesemua ahli keluarganya selamat daripada ombak tsunami?? adakah abi Usman menjumpai anaknya?? dan berjaya kah Delisa lulus dalam ujian amali hafalan sholatnya?? apakah Delisa masih mengharapkan balasan daripada abi dan ummi sekiranya dia lulus?? tontoni la cerita ni di astro first atau boleh saja tengok di youtube.. hehehhe.. sedih ohhh.. Delisa, kamu sangat comel.. smith comel juga hehehehe..

Monday, January 30, 2012

sumpahan kum kum

ok, kali ni meh story pasal cite antu plak.. da agak lama la juga xtengok cerita hantu.. as stich request, jom p The Summit USJ.. cam tah ape2 p tengok kat situ.. nak ubah angin katanya.. layan sudah.. 

SINOPSIS credit to BUZZERA tetiba pemalas lipas nak karang cerita kang korang xpaham.. hehehe

Sumpahan Kum Kum mengisahkan Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.

Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.

Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.

Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.
aku rasa cerita ni biasa je, sebab jalan cerita nya sangat common.. lau part terperanjat memang la aku pon melenting sama sampai termenjerit dalam panggung.. huhuhuhu.. selamat menonton semua.. =)

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, January 26, 2012

Underworld : Awakening

hi.. aduh.. kebusyan melanda 2 3 hari ni.. after that 'majlis' settle, baru la dapat bloging.. huhuhu.. now nk update movie for this week.. last wed aku tonton ini wayang.. ekceli bulan januari ni macam xbanyak sangat cerita kat wayang kan?? so layan je la ape yang ada.. underworld kali ni mengisahkan tentang seorang vampire worrioress iaitu Salene yang melarikan diri daripada satu tempat kurungan - Atigen.. Salene ni first Vampire-Corvinus Strain Hybrid.. so salene ni ada kelebihan lain berbanding vampire lain iaitu berjalan di bawah cahaya matahari dan kuasa telepati dengan anak nya, Eve.. Selene ni couple dia seorang Lycan bernama Michael Corvin.. Eve yang keluarkan Selene dari cryogenic chamber tu.. tp selene xtau yang eve anak dia.. bila dia jumpa eve *dengan mgunakan kuasa telepati* suma Lycan lain cuba nak tangkap Eve sebab Eve ni hybrid juga sebab dia kombinasi hybrid vampire ngan Lycan.. Lycan ni perlukan DNA eve ngan ayah dia coz DNA dorang ni membolehkan Lycan imune dengan silver and dorang nak ability macam vampire iaitu boleh heal dengan cepat..

so dengan bantuan Detektif Sebastian, Selene nak p selamat kan anak dia.. Dr Jacob tu sebenarnya Lycan yang hybrid.. semua ingat dia human.. thats why la dia nak juga si eve tu coz dia nak Lycan jadi lebih strong so that dia boleh hapuskan semua vampire.. finally dengan kegigihan Selene menentang Dr Jacob so selamat la anak dia Eve..

*sorry all kalau review ni macam pening lalat sikit.. sebab aku xtau nak ceritakan macam mana.. maybe ape yang aku tulis ni macam lari2 sikit.. lau nak perfect pemahaman sila tengok sendiri ya kawan2* =)

Friday, January 20, 2012

Bujang Terlajak Belum Terlanjur

ntah macam mana movie ni boleh terpilih untuk masuk dalam movie update aku.. ni suma gara2 suruh incik stich yang pilih.. lau underworld ke keramat ke ra re la juga.. haa, sape suruh cakap mana2 pon boleh.. xpasal kena agree tengok cerita ni.. huhuhuhu..
layan saja.. cerita ni tentang 3 sahabat karib Saiful, Nabil dan Johan.. suma nya ah lanjut umur.. tp tak kenkawen.. Nabil ni orang kaya so Saiful n Johan stay sekali dengan Nabil.. nak dijadikan cerita tatkala dorang ni shooting iklan ke ape tah, jumpa la ngan Puteri (Fazura).. so 3org ni dok syok la sama Puteri.. memandangkan kesemua 3 orang ni dah terlajak umo, berebut lah.. sume pon nak si Puteri ni haaa.. and dorang pon buat satu perjanjian sape dapat dulu dia punya.. yang lebih terdesak adalah Nabil coz ayah Nabil beri tempoh selama sebulan je untuk cari calon isteri.. kalau tak Nabil disuruh keluar dari rumah tersebut..
memandangkan papa si Puteri ni o.k.u (buta) so Puteri memang concern terlebih kat oku.. dah tu nye sume nak jd oku lerr sebab nak amik ati si Puteri ni.. si Saiful jadi buta, Nabil jadi pekak n Johan si bisu.. huhuhu.. time ni mmg gelak2 la.. xley bla betul tengok perangai dorang ni.. memang gila abes.. paling lawak bagi aku time Johan nak introduce diri pada Puteri.. memang lawak cara dia nak bagitau nama dia.. hehehhehe..
 
perebutan berlaku antara mereka.. mcm2 tipu helah nak dapatkan si Puteri ni.. tp cara dorang sume yang sewel2 punya.. hehehe.. adakah tipu helah mereka diketahui Puteri?? siapakah pilihan Puteri untuk dijadikan suami??Nabil?? Johan?? atau pun Saiful?? jom kita tengok cerita ni.. ok bai!! =)

Thursday, January 19, 2012

Journey 2 The Mysterious Island 3D

 movie update this week adalah Journey 2 The Mysterious Island.. sapa yang dulu tengok cerita Journey To The Center Of The Earth mesti teruja nak tengok cerita ini.. =) so mau lebih teruja jom kita layang 3D punya.. *naseb baik incik stich baik hati banjer* memandangkan tarikh filem ni bermula pada 19 Januari 2012, so sneak preview nya telah bermula malam semalam.. incik stich memilih BTS sebab belum banyak panggung menawarkan cerita ini versi 3D..
Journey 2 The Mysterious Island mengisahkan Sean (Josh Hutcherson) yang telah menerima isyarat yang aneh berulang kali.. kod2 tersebut sukar diterjemahkan.. Sean yang tidak senang dengan bapa tiri nya Hank (Dwayne Johnson) mula mendekatkan diri antara satu sama lain apabila Hank berjaya menterjemah kan kod2 tersebut.. kod2 itu telah membawa mereka ke suatu petunjuk yang mana sebelum ini datuk sean menghabiskan hampir 30 tahun untuk mencari Mysterious Island itu..
menurut Hank gabungan peta tersebut menunjukkan pulau itu terletak di Palau iaitu sebuah negara yang terletak di Pacific Ocean.. so Sean dan Hank ke Palau untuk bersama Sean mencari island tersebut.. di Palau meraka berjumpa Gabato (Luiz Guzman) dan anak nya Kailani (Vanessa Hudgens).. Gabato saja yang bersetuju  membawa mereka ke pulau tersebut coz semua penduduk tdk percaya dengan kewujudan pulau itu..
tekaan Sean benar sebab setelah menempuh storm yang maha dahsyat sampai heli dorang ni terhempas, tau2 je semua da ada kat epi pantai.. Sean terjumpa sebuah lubang dan berjalan menerusi nya and finally dorang jumpa Mysterious Island tu.. hoyeah!! datuk Sean yang selama ni diingatkan hilang rupa2 nya datuk Sean berada di pulau itu.. pulau ini sangat cantik dan pelik.. kalau korang nak tau betapa cantik nya island tu, p tengok cerita ni k.. best.. sebenarnya sebab the rock yang hot hehehe.. adakah dorang sume ni dapat balik semula ke Palau?? apa terjadi sepanjang di Mysterious Island?? jom tengok movie!!! =)


Tuesday, January 17, 2012

Jack and Jill

aduhh lama punya draft ni..atas terpengaruh dengan cerita kak jijah, aku pon membookingler tiket.. and of course yang B1F1 punya... promote promote.. =p as long as incik stich pon mau tengok cite lawak, so tiada point bergaduh di situ.. huahuahua..
aku rasa masa tengok cerita ni tegelak sesaja.. lawak gila okeh.. lagi pula pelakonnya si adam sandler.. so kompem lawak.. ngeh3.. Jack & Jill mengisahkan sepasang kembar yang aku rasa tak sebulu since dari kecil lagi.. jack ni memang tak bape nak ngam ngan Jill tapi Jill ni amat la sayang pada kembarnya.. Jack is married and ada dua orang anak while Jill ni little bit unlucky sebab still belum kawin.. hehehe.. perwatakan Jack aku rasa cam lelaki normal je.. tapi Jill ni cam pelik sikit.. huhuhuhu.. masa Jill decide nak visit Jack before cristmas membuatkan Jack tak senang duduk.. huhuhu..
sepanjang Jill duduk rumah Jack pelbagai kisah lawak yang terjadi.. berdekah2 aku gelak2 xhengat.. hehehe.. dalam pada gelak2 tu still ada sentimental sikit pasal si Jill tu.. asik nak sentap je.. kelakar okeh..cite ni  highly recomended utk uols yang rasa nak lepak2 have fun utk release tension.. selamat menonton.. =)

Thursday, January 12, 2012

Maxis Movies - Buy 1 Get 1 Free Movie Tiket

entry ni dah lama rasa nya aku nak buat.. tapi belum sempat2 nak buat.. perkara yang baik apa salah nya dikongsikan ya tak? lagipun ada 2 3 orang kawan minta ajar buat benda ni.. sorry la guys.. belum sempat nak siap kan print screen before this.. 

ok, lets straight to the point, agak dah lama juga maxis buat promo tentang ini.. adalah menakjubkan buy 1 free 1 tiket itu sekiranya anda kaki wayang.. betul tak? lebih2 lagi kalau hari rabu, mostly tiket akan murah kan.. starting from RM 6 per tiket.. mesti la teruja.. kamu hanya membayar satu tiket untuk mendapatkan dua tiket..

first of all, kita kena ada akaun Pay Pal.. kawan2 mesti semua tau tentang Pay Pal kan?? sape yang tak ada jangan bimbang.. sign up saja.. free.. if yang dah ada, just klik Existing Pay Pal.. apa2 refer gambar k.. untuk ke website maxis, sila klik gambar dibawah..
bila da klik step 1 akan kuar begini...
and then follow the instruction dan isi ikut step2 itu..
sila klik untuk tumbesaran
ok, bila dah set up semua bagai tu, kita mesti add credit card mahupun debit card pada pay pal itu sebagai medium pembayaran kamu nanti.. lau siapa2 yang tak ada CC atau DC, pay pal tu pun boleh di reload.. reload akaun bank la kan.. so pay pal is easy.. dont worry k.. untuk individu yang dah ada akaun pay pal, boleh lah terus link kan akaun itu dengan no maxis kita.. so you just klik kat existing tu..
so lepas tu akan keluar ni...
ok.. settle bab pay pal.. next macam mana nak beli tiket yang BUY 1 FREE 1 tu??? excited kan?? jom kita study sama2.. nak purchase ada tiga cara..
PERTAMA : if uols pengguna iPhone iPad or Android uols kene download application maxis movies.. so bila da ada apps ni uols boleh membuat pembelian.. yahoooo..
KEDUA : bagi pengguna smartphone yang lain, boleh la melayari laman web m.maxismovies.com and terus membuat pembelian.

KETIGA : *cara yang ni baru je tau.. hehhe* if uols tak ada mana2 device diatas bukan bermaksud kamu tidak boleh membuat pembelian.. uols boleh terus membuat purchased kat SINI... so uols klik je mana2 movie yang uols mau then terus saja buat purchased.. lau tau, ni la cara paling senang..

kesemua transaction adalah mengggunakan akaun paypal.. so make sure uols sume ada akaun pay pal k.. lepas ni mari la kita menonton banyak2 movie k.. semangat2.. *ko pon lama da xhapdate movie.. sabo2 incik stich bz*.. ehhh.. lupa plak.. untuk satu maxis user, boleh buat purchased dua kali seminggu tau.. mau lebih kalu sila ada no henpon maxis banyak2.. hehehe.. setiap pembelian max tiket adalah 6.. ok.. setakat ni je lah.. lau ada apa2 yang aku tertinggal, sila inform kat ruangan komen k.. i will update later.. selaat mencuba!!!! =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...